Maklumat Mengenai Ujrah PTPTN
* UJRAH adalah upah 1% setahun pada kadar rata bagi menggantikan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan.
* Mulai 1 Oktober 2014, peminjam yang mempunyai lebih dari 1 pinjaman diwajibkan untuk menggabungkan kesemua pinjaman untuk melayakkan pertukaran UJRAH.
* Sekiranya tidak bersetuju, peminjam akan kekal di pinjaman konvensional dengan kadar kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan.
* Sekiranya bersetuju, sila teruskan atau kunjungi cawangan PTPTN berhampiran.
Pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah (1%) kepada semua peminjam KECUALI:
i. Peminjam disahkan meninggal dunia atau ilat;
ii. Peminjam telah mendapat pelepasan bayaran balik kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama; atau
iii. Baki pinjaman kurang daripada RM1,000.00.
Cara Memohon Ujrah PTPTN
Permohonan boleh dibuat melalui Borang Kemaskini Maklumat Pertukaran Ujrah PTPTN. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke kaunter PTPTN.
Syarat-syarat Am Pertukaran Pembiayaan Ujrah PTPTN
Penawaran Ujrah PTPTN adalah terbuka kepada semua peminjam pinjaman konvensional
(kecuali penerima WPP bukan peminjam) termasuk peminjam yang telah dikenakan
tindakan penguatkuasaan.
Bagi mana-mana peminjam yang mempunyai lebih dari satu (1) pinjaman
konvensional, penggabungan data pinjaman akan dilakukan bagi melayakkan
peminjam memohon pertukaran Ujrah.
Permohonan pertukaran Ujrah PTPTN tidak akan diproses sekiranya peminjam tidak
bersetuju untuk menggabungkan kesemua pinjaman tersebut. Rekod pinjaman
peminjam akan kekal sebagai pinjaman konvensional.
Peminjam perlu memulangkan semula perjanjian yang lengkap dan sempurna
berserta setem hasil selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh surat tawaran
pertukaran Ujrah terus di kaunter atau melalui pos kepada mana-mana Pejabat
PTPTN Negeri.
Penerimaandokumenperjanjianselepastamattempohsahlakuakanmenyebabkan
tawaran terbatal dan peminjam perlu mengemukakan permohonan Ujrah yang baru.