Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pembuat Tengkolok Dan Tanjak Di Alor Setar Kedah

Misi mencari Pembuat Tengkolok Dan Tanjak Di Alor Setar Kedah memang agak mencabar. Sebab, kami mulanya tersalah jalan. Tetapi tidak lama, akhirnya kami berpeluang menemui Encik Mohd Yatim, seorang pembuat Tengkolok dan Tanjak yang memang rare di Malaysia. Percaya lah, tidak ramai anak melayu seperti beliau yang masih lagi begitu minat dalam pembuatan tengkolok dan tanjak.

Tengkolok dan tanjak antara warisan tinggalan bangsa Melayu dalam susur sejarah pelbagai adat dan istiadat. Kini, untuk urusan rasmi Istana, ia masih lagi kekal menjadi tradisi dan warisan yang melengkapkan pemakaian orang besar dan Raja-raja Melayu.

Baca : Pembuat Parang Golok Tradisional di Kedah

Pembuat Tengkolok Dan Tanjak

 


Pembuat Tengkolok Dan Tanjak Di Alor Setar Kedah

Pembuat Tengkolok Dan Tanjak Di Alor Setar Kedah

 

Sekarang, tengkolok dan tanjak menjadi antara aksesori kepala tradisonal yang dipakai oleh pembesar dan Raja-raja Melayu dalam istiadat rasmi yang melibatkan urusan Istana. Dalam pemakaian seharian, tengkolok dan tanjak semakin dilupakan.

MrJocko respek apa yang dilakukan oleh Mohd. Yatim Mustaffa dari Kampung Peremba, Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah kerana sehinga kini beliau meneruskan pembuatan tengkolok dan tanjak demi minat dan sayang beliau kepada tradisi Melayu ini.

Menurut Mohd. Yatim, tengkolok dan tanjak ada cara ikatan dan pemakaian yang tersendiri. Kedua-duanya mempunyai lambang ketokohan pemakainya pada zaman dahulu.

 

tengkolok_yatim_alor_setar_01 Pembuat Tengkolok Dan Tanjak Di Alor Setar Kedah Pembuat Tengkolok Dan Tanjak Di Alor Setar Kedah Pembuat Tengkolok Dan Tanjak Di Alor Setar Kedah Pembuat Tengkolok Dan Tanjak Di Alor Setar Kedah

 

Pembuat Tengkolok Di Alor Setar

Mungkin ramai tidak tahu, bahawa corak lilitan dan ikatan tengkolok untuk negeri-negeri di Malaysia adalah berbeza. Begitu juga dengan tengkolok orang kebiasaan, tengkolok Pembesar dan Tengkolok Raja punyai cara lipatan tersendiri dan unik. Ini sesuatu yang baru MrJocko ketahui ketika penggambaran Nota Kembara Bersama MrJocko di Kedah.

Baca : Tengkolok DiRaja Kedah

Antara nama-nama atau gelaran tengkolok yang dibuat oleh Mohd Yatim ialah Dendam Tak Sudah atau panggilan istana Dandan Tak Sudah, Tanjak Laksamana, Gagak Di Rimba, Ayam Teleng, Tanjak Harimau Berantai, Tunas Rebung, Naga Bora, Solek Gondang Mas, Layang Mas, Helang Menyongsong Angin, Lang Sura dan Solek Ketam Batu.

Anda mencari tengkolok? Nak buat tempahan tengkolok dan tanjak, boleh cari Encik Mohd Yatim di Alor Setar. InsyaAllah, dia memang pembuat Tengkolok terbaik di negeri Jelapang Padi ini 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.