Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pembukaan Acer Concept Store Quill City Mall Kuala Lumpur

acer concept store

Acer Malaysia berbangga untuk memaklumkan kepada semua bahawa mereka kini berada di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Pembukaan Acer Concept Store terbaru mereka di tingkat 3 bangunan pusat membeli belah Quill City Mall dan bersesuaian dengan pusat tumpuan ramai seperti pelajar KLMU, pejabat dan juga pelanggan yang sedia ada.

Kedai Acer Concept Store di Quill City Mall ini berkeluasan 1,195 kaki persegi dan diuruskan oleh Brightstar memberikan satu lagi kejayaan untuk Acer Malaysia sebagai salah satu jenama produk ‘IT’ Information Technology yang menawarkan pelbagai produk seperti desktop, laptop, netbook, tablet, smartphones dan banyak lagi.

Baca : Find Your New PC

 


Perasmian Acer Concept Store The Quill City

acer concept store acer concept store acer concept store acer concept store acer concept store acer concept store acer concept store acer concept store acer concept store acer concept store

 

Pembukaan rasmi Kedai Konsep Acer di Quill City Mall ini adalah sebagai mengikuti pembukaan sebelum ini di Mid Valley Megamall dan juga di The Mines. Acer Malaysia berhasrat untuk membuka seberapa banyak outlet konsep seperti ini, supaya mereka dapat memberikan khidmat jualan dan servis terbaik untuk pelanggan sedia ada serta potensi pelanggan baru.

Acer Malaysia sekarang ini mempunyai sekitar 16 pusat khidmat pelanggan dan ia bertujuan memberikan yang terbaik kepada semua. Cita-cita Acer Malaysia adalah untuk mengekalkan kejayaan mereka dalam menjadi peneraju dalam jualan PC dan menyediakan khidmat yang selesa dan terbaik untuk setiap feedback pelanggan mereka.

Kedai Konsep Acer ini akan beroperasi dari jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam setiap hari untuk kemudahan semua pelanggan Acer Malaysia.

Dengan lokasinya di Quill City Mall di tengah Kuala Lumpur ini pasti akan lebih memudahkan pengguna jenama Acer untuk membeli, mendapatkan khidmat nasihat serta membeli pelbagai produk jenama Acer untuk kegunaan mereka.

Menurut IDC Worldwide Quarterly PC Tracker, pada bulan Februari 2015, sejumlah 414,841 unit PC telah dihantar di Malaysia dan mewakili 18.51% daripada jumlah keseluruhan pasaran PC di Malaysia. Manakala sejumlah 319,375 unit laptop dihantar dan mewakili 26.10% daripada jumlah keseluruhan laptop pada bulan tersebut.

Sempena dengan pembukaan rasmi Acer Concept Store ini, Acer Malaysia turut memperkenalkan Netbook terbaru mereka model Acer Switch 10 E.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.