Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destination, Best Packages

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Pembukaan Gundam Factory Yokohama RX-78-2 Robot Saiz 1:1

Sejak awal tahun 2020 lagi ramai peminat anime khususnya peminat animasi robot Gundam (Gunpla) teruja untuk mengetahui tarikh Pembukaan Gundam Factory Yokohama RX-78-2 Robot Saiz 1:1 di Jepun. Kalau sebelum ini, robot Gundam paling terkenal ialah di Odaiba, Tokyo, Jepun. Kini sesuatu yang baru ada di Kanagawa Prefecture, Japan.

Sebelum ini, pernah ada Robot Gundam Model RX-78-2 di kawasan Odaiba City, mula diletakkan di situ pada 10 Julai 2009. Selepas itu, ia diganti dengan robot Gundam model Gundam RX-0 Unicorn pada 23 September 2017. Kedua-dua model tersebut juga bersaiz 1:1 tetapi ia tidak boleh bergerak seperti Gundam RX-78-2 di Yokohama.

Baca : Robot Gundam Di Odaiba Tokyo, Jepun

 


Pembukaan Gundam Factory Yokohama RX-78-2 Robot

Gundam_Factory_Yokohama

Gundam_Factory_Yokohama_RX-78_Robot_02

Gundam_Factory_Yokohama_RX-78_Robot_02

Gundam_Factory_Yokohama_RX-78_Robot_02

Gundam_Factory_Yokohama_RX-78_Robot_02
 

Gundam Factory Yokohama mengikut informasi di Gundam News, ia dijangka akan dibuka antara tarikh 19 Dec 2020 sehingga 31 Mar 2022. Kenapa hanya dalam tempoh masal hanya sekitar setahun lebih, masih lagi belum kami pastikan.

Waktu Operasi Gundam Factory di Yokohama ini akan bermula dari jam 10:00am hingga jam 9.00pm setiap hari.

Tiket Masuk le Gundam Factory Yokohama :
Dewasa (13 thn ke atas) : JPY1650 (MYR65)
Kanak-kanak (7 – 12 thn) : JPY1,100 (MYR45)
Gundam Dock Tower : JPY3300 (MYR130)

Untuk informasi semua, robot model Gundam RX-78F00 ini mempunyai 24 artikulasi pergerakan dan mempunyai keistimewaan untuk bergerak setiap satu jam bermula dari 10:30am sehinggam jam 8:30pm, termasuk beberapa pergerakkan istimewa pada acara tertentu.

Gundam Lab adalah bangunan dua tingkat yang akan menampilkan ruang acara untuk belajar mengenai reka bentuk, struktur dan mekanisme patung robot Gundam ini melalui rancangan bual bicara, ceramah, persembahan penyelidikan dan bengkel.
 

Gundam_Factory_Yokohama_RX-78_Robot_11
Gundam Factory Yokohama Jepun

Gundam_Factory_Yokohama_RX-78_Robot_11

Gundam_Factory_Yokohama_RX-78_Robot_13

Gundam_Factory_Yokohama_RX-78_Robot_14

Gundam_Factory_Yokohama_RX-78_Robot_15

Makmal akan merangkumi Gundam Pilot View SoftBank Experience 5G, sebuah kubah VR yang mensimulasikan pengalaman percubaan Gundam masa nyata dari kokpit menggunakan teknologi 5G berdasarkan SoftBank. Terletak di Makmal Gundam juga akan terdapat satelit Gundam Cafe dan Pangkalan Gundam sendiri yang masing-masing akan mempunyai menu unik dan barang edisi terhad.
——
Link: https://gundam-factory.net/en/
Kredit Informasi dan Gambar : Gundam News dan Facebook Nazomiya Japan Guide
#Gundam #GundamFactory #Yokohama #KanagawaPrefecture #VisitJapan #JNTO #TravelBlogger #LifeAsMrJocko

Oleh yang demikian, pastinya ini peluang terbaik untuk semua peminat Gundam untuk berkunjung ke Gundam Factory di Yokohama Jepun, bila ada peluang nanti selepas sempadan kedua-dua negara dibuka.

Untuk yang ke Jepun melalui Haneda Airport, hanya memakan masa sekitar 45 minit sahaja untuk ke Yokohama. Jika anda dari Narita Airport, ia akan memakan masa selama 1 jam 30 minit. Tetapi jika anda dari bandar Tokyo, ia hanya memakan masa sekitar 45 minit sahaja dengan menggunakan kemudahan keretapi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.