Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tarikh Pembukaan Sempadan Malaysia 1 April 2022

Negara kita sudah melangkah setapak lagi dengan pengumuman Perdana Menteri berkaitan dengan pembukaan semula sempadan negara. Perkhabaran ini, pasti akan memberi manafaat kepada semua dan kembali merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi negara. Oleh sebab itu beliau telah mengumumkan bahawa Tarikh Pembukaan Sempadan Malaysia ialah pada 1 April 2022 di semua pintu masuk negara Malaysia.

Nampaknya, pintu pelancongan di dalam negara dan juga luar negara sudah kembali dibuka seluasnya. Secara asas, kita rakyat Malaysia sudah boleh melancong ke luar negara mengikut peraturan dan SOP negara-negara berkenaan. Kalau sebelum ini rakyat Malaysia sudah boleh melancong ke negara Eropah, selepas ini dengan persetujuan dan peraturan baru kita akan boleh kembali ke Thailand, Indonesia, Singapura dan negara-negara Asia yang lain.

Baca : Bila Sempadan Malaysia Akan Di Buka

Tarikh Pembukaan Sempadan Malaysia

 


Tarikh Pembukaan Sempadan Malaysia 1 April 2022

Tarikh Pembukaan Sempadan Malaysia 1 April 2022
 

Lihat sahaja di media sosial, laman website, facebook, instagram syarikat yang berkaitan dengan pelancongan sudah mula menawarkan promosi tiket penerbangan murah, pakej pelancongan murah, pakej penginapan dan juga banyak lagi promosi termasuk tiket masuk ke taman tema dengan harga mampu milik untuk semua.

Bagi anda, jika betul-betul sudah bersedia dengan SOP pelancongan terbaru, boleh lah untuk membuat perancangan jika berminat untuk melancong dalam masa terdekat. Buat masa sekarang, antara pakej pelancongan paling murah dan berbaloi ialah ke destinasi negara Turki. Bukan sahaja nilai matawan Lira jatuh dengan banyak, pakej yang ditawarkan juga sangat murah berbanding harga sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan telah memutuskan supaya sempadan negara turut dibuka semula pada 1 April ini. Keputusan ini dibuat bersandarkan kepada tiga perkara asas iaitu:

a. Berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19
b. Membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara-negara lain
c. Memberi keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan mereka.

Paling penting, Malaysia sekarang adalah destinasi terbuka dan boleh dikunjungi semua.
 

Tarikh Pembukaan Sempadan Malaysia 1 April 2022

Tarikh Pembukaan Sempadan Malaysia 1 April 2022
 

Laluan darat Malaysia ke Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua akan dibuka serentak dengan tarikh pembukaan sempadan negara. Ia membolehkan rakyat dari republik berkenaan melancong ke negara ini sekali gus merancakkan kembali sektor pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19″ kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Menerusi pembukaan semula pintu sempadan, Malaysia meraih semula punca pendapatan ini. Selain itu, permintaan pasaran global bagi pelbagai industri tempatan juga kembali meningkat dan ini semua berpotensi untuk memulihkan ekonomi negara dengan lebih pantas.

Oleh itu, bagi kaki travel, anda sudah boleh bersedia. Jika sudah rancang untuk ke mana-mana, pastikan ikut saluran yang betul, mematuhi SOP dan sentiasa bersedia setiap masa. Semoga kita semua akan terus selamat walau dimana kita berada.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.