Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sejarah Pembukaan Sempadan Malaysia Singapura 1 April 2022

Tepat jam 12.01 awal pagi 1 April 2022, sempadan Malaysia – Singapura kembali dibuka kepada rakyat kedua-dua negara ini setelah ditutup selama lebih 2 tahun. Sejarah Pembukaan Sempadan Malaysia Singapura 1 April 2022 ini disambut gembira oleh ribuan rakyat Malaysia dan Singapura, khsusnya mereka yang terkandas akibat pandemik Covid-19 sebelum ini. Ramai yang tidak boleh rentas sempadan dan berjauhan dengan keluarga ekoran syarat ketat kedua-dua buah negara.

Ini antara langkah terbaru kerajaan Malaysia dalam kembali memberi keyakinan kepada semua bahawa kita semua sudah bergerak ke norma baharu yang lebih baik. Walaupun peperangan menentang Covid-19 masih ada, tetapi kehidupan harus diteruskan. SOP dan peraturan ketat masih perlu diambil berat dan jangan leka supaya ia tidak akan kembali mereka seperti sebelum ini.

Baca : Sempadan Malaysia akan dibuka 1 April 2022

Pembukaan Sempadan Malaysia Singapura 1 April 2022

 


Sejarah Pembukaan Sempadan Malaysia Singapura 1 April 2022

Pembukaan Sempadan Malaysia Singapura 1 April 2022
 

Ribuan rakyat Malaysia telah menunggu beberapa jam lebih awal di pintu masuk dari Singapura menuju Tambak Johor selepas Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk kembali membuka sempadan ini. Kelihatan ramai juga yang berjalan kaki menuju ke bangunan Imigresen dan juga motosikal dan kereta bersedia menunggu kaunter dibuka pada jam 12.01 tengah malam.

Tak terucap kegembiraan mereka selepas terpisah dengan keluarga selama 2 tahun, dan kedatangan Ramadhan tahun ini pastinya akan lebih meriah untuk diraikan bersama.
 

Pembukaan Sempadan Malaysia Singapura 1 April 2022

Pembukaan Sempadan Malaysia Singapura 1 April 2022

Pembukaan Sempadan Malaysia Singapura 1 April 2022

Pembukaan Sempadan Malaysia Singapura 1 April 2022

Pembukaan Sempadan Malaysia Singapura 1 April 2022
 

Untuk informasi, kerajaan telah membuka sempadan Malaysia kepada semua warga asing melalui semua pintu masuk ke Malaysia bermula 1 April 2022 selepas negara kita turut mengisytiharkan bahawa Covid-19 kini sebagai endemik. sempadan Malaysia Thailand dan sempadan Malaysia – Indonesia juga nampaknya akan kembali sibuk dengan kedatangan warga asing dan juga rakyat Malaysia yang akan keluar negara.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan membuka sempadan dibuat berdasarkan tiga perkara asas iaitu panduan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.

Malaysia dan Singapura kini membenarkan semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan.

“Malaysia adalah destinasi terbuka dan boleh dikunjungi semua. Dengan pembukaan semula sempadan, rakyat malaysia yang ada dokumen sah boleh keluar masuk seperti biasa dan boleh pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya.

“Kementerian yang berkaitan juga akan mengeluarkan SOP pembukaan sempadan negara secara terperinci bagi memudahkan segala urusan berkaitan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.