Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Impak Positif Pembukaan Semula Pelancongan Negeri Fasa 2

Impak positif pembukaan semula pelancongan negeri Fasa 2 dan ke atas akan mula terasa. Ini kerana kerajaan telah mengumumkan bahawa negeri-negeri yang berada di Fasa 2 ke atas akan diberikan kelonggaran dalam aktiviti sosial di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kelonggaran ini akan menyemarakkan kembali sektor pelancongan Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pelancongan Negara (YPN), Dr Fathir Badri Alhadad, perancangan pembukaan secara terkawal itu akan dapat membantu menggerakkan ekonomi setempat dan ekonomi rakyat yang telah menghadapi kemerosotan ekonomi Malaysia sejak perlaksanaan PKP Mac 2020.

Baca : Bila Pulau Langkawi Akan Kembali Di Buka Untuk Pelancongan

pembukaan semula sektor pelancongan malaysia fasa 2

 


Impak Positif Pembukaan Semula Pelancongan Negeri Fasa 2

Pembukaan Semula Pelancongan Negeri Fasa 2
 

“Melalui kelonggaran yang diberikan kerajaan kepada negeri Fasa 2 dan individu menerima vaksinasi lengkap, pastinya menggalakkan rakyat supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta segera mendapatkan vaksinasi.

“Negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Perlis, Sarawak dan Labuan pastinya akan mula membuka sektor ekonomi dengan segera.
 

Pembukaan Semula Pelancongan Negeri Fasa 2

Pembukaan Semula Pelancongan Negeri Fasa 2
 

“Hotel dan homestay juga mula dibuka pada hari Selasa, 10 Ogos ini yang pastinya akan menyemarakkan kembali sektor pelancongan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini

Setakat ini menurut Dr Fathir, YPN tidak menolak kemungkinan kerajaan akan membuka pintu kepada pelancong mendapat vaksinasi lengkap untuk datang ke Malaysia selepas kelonggaran diberikan kepada warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home).
 

Pembukaan Semula Pelancongan Negeri Fasa 2
 

Sudah pasti kelonggaran ini akan membuka peluang kepada sektor pelancongan Malaysia, terutama di Pulau Langkawi yang telah dipilih sebagai destinasi rintis ‘Program Covid-19 Free Destination’ seandainya inisiatif itu berjaya dilaksanakan kelak.

Kadar jumlah suntikan yang turut dipergiatkan hasil rundingan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) serta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV). Mereka yakin akan sampai 80 peratus imuniti kelompok dapat dicapai selewatnya penghujung bulan ini.

Baca : Pelan Pemulihan Negara Fasa 2

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.