Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2021 Netizen Tak Puas Hati

Antara isu yang tengah panas tentang dunia hibran tanahair semalam dan hari ini adalah penganjuran AME2021 yang berlangsng semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ada beberapa nama Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2021 Netizen Tak Puas Hati sebab ramai yang merasakan mereka tidak mencapai standard sebagai seorang pemenang.

Sejak dulu lagi, kalau sesuatu penganjuran pertandingan atau anugerah di Malaysia, banyak keputusan juri atau pengadil, menjadi pertikaian warga netizen dengan pelbagai pendapat dan komen-komen peribadi yang ada asasnya.

Baca : Anugerah Skrin 2012 TV3

Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2021

 


Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2021 Netizen Tak Puas Hati

Senarai-Pemenang-Anugerah-MeleTOP-Era-2021 copy
 

Paling ketara bila ramai mempersoalkan kemenangan Shiha Zikir dalam Anugerah MeleTOP Era 2021 yang dikatakan tidak memenuhi citarasa ramai warganet. Bagaimana Shiha Zikir boleh menang dalam Kategori Filem MeleTOP, Hantu Bonceng 2.0 pun, kami sendiri tak boleh nak brain. Apakah justifikasinya?

Rata-rata netizen dilihat memberi komen agak pedas dan mempertikaikan kemenangan sesetengah mereka yang menggondol pingat dalam acara AME2021 semalam.
 

Senarai-Pemenang-Anugerah-MeleTOP-Era-2021-01

Senarai-Pemenang-Anugerah-MeleTOP-Era-2021-02

Senarai-Pemenang-Anugerah-MeleTOP-Era-2021-03

Senarai-Pemenang-Anugerah-MeleTOP-Era-2021-04
 

Sebagai contoh dalam perkongsian di Facebook Astro Awani ini, ramai yang mempertikaikan kemenangan Shiha Zikir.

Berikut, adalah senarai nama Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2021 di Astro.

Artis Versatil MeleTOP
Shiha Zikir

Artis Baharu MeleTOP
Dini Schatzmann

Si Cilik MeleTOP
Ariana Aubrey & Karl Kareef

Influencer MeleTOP
Dr Say

Couple MeleTOP
Emma Maembong & Muhammad Shazli

Program MeleTOP
Konsert Minggu Ini #123 Khai Bahar

Personaliti TV MeleTOP
Jihan Muse

Video MeleTOP
Canggung – Wany Hasrita

Anugerah Legend MeleTOP (Khas)
Hamid Gurkha

Anugerah Legend Muzik MeleTOP (Khas)
Roslan Aziz

Anugerah Khas MeleTOP 2021
Datuk Hj Aznil Nawawi

Penyanyi MeleTOP ERA
Khai Bahar

Pelakon MeleTOP
Fasha Sandha

Lagu MeleTOP ERA
AEWO – Shiha Zikir ft Noki

Grup/Duo MeleTOP ERA
Shiha Zikir, Noki

Drama MeleTOP
Kampong Pisang Bersiri-Siri

Filem MeleTOP
Ada Apa Dengan Dosa

Bintang Filem MeleTOP
Shiha Zikir – Hantu Bonceng 2.0

BBNU MeleTOP
Alyssa Dezek

TOP TOP MeleTOP (Lelaki)
Khai Bahar

TOP TOP MeleTOP (Wanita)
Shiha Zikir

TOP TOP MeleTOP (Grup/Duo)
Dolla

Kami tidak menonton majlis anugerah ini dan tak nak komen lebih-lebih. Cuma, sebaiknya, perlu ada justifikasi yang lebih jelas tentang kenapa pemenang itu dipilih, supaya mereka yang lebih berbakat lebih layak diangkat. Jangan jadikan geng-geng anda sebagai Geng Syok Sendiri seperti mana kata-kata beberapa netizen di ruangan komen Astro Awani.

Penonton memang bukan artis atau selebriti. Tetapi, ambillah sedikit pandangan warga netizen sebab penonton, nama artis dan selebriti boleh naik dan boleh turun dalam sekelip mata.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.