Pemenang Samsung Appstar 2012 Finale
|Semalam, Khamis, 29 November 2012 berlangsungnya majlis Samsung Appstar 2012 Finale di The Bee, Publika Solaris. Untuk majlis Finale ini, ada 12 kumpulan yang bertanding telah dipilih dari lebih 3,700 penyertaan seluruh Malaysia dan mereka adalah remaja-remaja yang terbaik.
Konsep Samsung Appstar ini adalah salah satu usaha pihak Samsung untuk menyokong remaja dalam usaha melahirkan idea-idea kreatif dalam bidang penciptaan teknologi maklumat.
Setelah melalui beberapa proses presentation akhirnya senarai pemenang-pemenang bagi Samsung Appstar Finale 2012 adalah :
Tempat Pertama – Gynoid – Kumpulan dari USM
Tempat Kedua – Gangnam Team – Kumpulan dari Asia Pacific University
Tempat Ketiga – Apps Creator 2020 – Kumpulan dari UNITEN
Pemenang bagi Most Favourite – Kumpulan dari Universiti Malaya
Tahniah kepada pemenang-pemenang Samsung Appstar 2012 Finale. Keseluruhan hadiah berupa tajaan pengajian bernilai lebih dari RM80,000
Untuk gambar-gambar sepanjang majlis Samsung Appstar 2012 Finale yang berlangsung di The Bee, Publika ini, anda boleh layari Samsung Mobile Malaysia Facebook
Saya berada disana semalam. Hampeh betul GPS tak jumpa Publika 2 jam lebih melilau mencari.
Saya suka konsep Apps Gynoid dia hampir sama dengan HarrasMap tetapi versi Facebook. Bagus kalau apps ini wujud untuk memberi notis amaran berlakunya jenayah.
sangat setuju, nampak very inovatif