Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Terima Kasih Penaja Nivea Men Dan Sportsland Sponsor Kasut

Terima Kasih Penaja Nivea Men Dan Sportsland. Beberapa bulan kebelakangan ini, rezeki untuk review produk semakin bertambah. Alhamdulillah. Beberapa job advertorial dan product review dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Antara yang menarik, tajaan barangan sukan dari pihak Nivea Men dan Sportsland. Rezeki kali ini, nampaknya MrJocko tak perlu risau lagi untuk bajet kasut raya tahun ni.

Kali pertama MrJocko redeem Voucher di Sportsland One Utama pada 3 bulan lepas. Memandangkan masa tu ada promosi harga terbaik untuk kasut Futsal Nike Hypervenom, MrJocko pilih yang tu jer la. Lagipun sekarang MrJocko lebih cenderung untuk beli kasut yang mempunyai warna yang cerah dan menyerlah. Jenis yang MrJocko ambil, kasut Nike Hypervenom warna Oren yang sangat terang.

Baca : Produk Nivea For Men Memang Terbaik

 


Terima Kasih Penaja Nivea Men Dan Sportsland

Kasut Tajaan Sponsor
Nike Hypervenom
Kasut Tajaan Sponsor Blogger
Nike Internationalist
kasut-sponsor-02
Nike Sportsland One Utama

Kali kedua, minggu lepas, MrJocko ke Sportsland One Utama sekali lagi untuk redeem satu lagi kasut. Kali ini, MrJocko ambil Nike model Internationalist warna Merah. Model kasut Nike jenis ni kira model untuk walking shoes lama, tetapi ia tetap nampak cantik. lagi pun harga retail price kasut ni, masih dalam bajet tajaan 🙂

Terima kasih penaja Nivea Men dan Sportsland untuk tajaan kasut-kasut ini. Walaupun sebenarnya MrJocko boleh memilih apa sahaja yang ada di dalam kedai tersebut, memandangkan menggunakan Voucher, tetapi kasut menjadi pilihan utama.

Untuk anda sebagai blogger, inilah antara hasil income dari blog yang boleh anda tuai jika anda terus berterusan menulis blog. InsyaAllah, ada rezeki kalau anda sentiasa konsisten. 

Layari laman web Nivea Malaysia

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.