Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Penangan ASMARA 2

Drama slot Lestary ni makin lama makin kasi fenomena gila drama lak kat wife aku.

Dulu tahun 2010 ada ASMARA, kira part one la. Ingatkan dah abis, rupernya masih ada sambungan. Pandai sungguh diorang cari peluang sambung citer ni…

Aku tak la layan sangat citer drama melayu ni. Bukan aku boikot, cuma kureng minat. Last skali aku follow citer drama melayu, zaman aku kecik2 dulu, Cili-Cili Padi.

Berbalik pada cerita Asmara ni, kisah hidup si Asmara yg di paksa kawin oleh bapanya (arwah) kerana semata2 nak balas budi kawan baik bapanya En Shahlan. Di paksa kawin dgn Zaliya, satu Kolej dgn Asmara semata2 nak tutup malu keluarga En Shahlan.

Mula2 si Zaliya benci habisan kat si Asmara, tapi pasal Asmara ni hero, lama2 si Zaliya makin tertarik dgn Asmara, tu pun dan ujung2 cerita. Masa tu Zaliya dan melahirkan anak lelaki hasil hubungan Zaliya dgn kekasih lamanya. Malang plak, semakin Zaliya menyukai Asmara, tiba2 Zaliya kena langgar sampai terlantar dan lupa ingatan. Saper langgar? Kekasih Zaliya tu sendiri yg langgar.

Di akhir episod, En Shahlan, bapak Zaliya, bgtau yg Zaliya dah mati. Maka sedih la si Asmara (kononnya lah). Pastu abis musim pertama…

Skang bermula plak Asmara 2, masih dgn hero yg sama, Asmara, Melati (wife baru Asmara), Nenek, Adam (anak Zaliya), Osman (Bapa exKekasih Zaliya) dan ramai lagi…

Masa ni si Asmara dah jadi CEO, dah keja, dan skang lebih kepada cerita perebutan utk menjaga Adam. Dan Zaliya, masih hidup, dan di sembunyikan oleh En Shahlan…

Nak tau citer seterusnya, korang layan la sendiri, setiap Selasa, jam 9.00 malam di saluran TV3.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.