Pencarian Wanita Melayu 2016 Di Plaza Shah Alam
|Sudah lama tak datang event seperti event minggu lepas, Pencarian Wanita Melayu 2016 bertempat di Plaza Shah Alam, Selangor. Pertandingan ini memasuki tahun kedua berturut-turut diadakan di Plaza Shah Alam dalam usaha mereka mempromosikan imej wanita Melayu Tradisional dengan nilai-nilai kemelayuan dalam dunia moden. Pun begitu, wanita melayu yang dicari adalah mereka yang masih dalam kemelayuan dan berjaya dalam apa yang diceburi.
Peringkat Akhir, PWM 2016 ini menemui kemuncaknya di pentas Plaza Shah Alam ini dengan menampilkan 10 Finalis terbaik dari puluhan yang berada di peringkat saringan sebelum ini.
Baca : Wanita Melayu Menari Inang Batil
Pencarian Wanita Melayu 2016
Untuk kali ini PWM 2016 peringkat akhir diadakan pada 8 Mei 2016, Ahad. Antara tugasan peserta akhir di PWM 2016 ini ialah untuk memperagakan pakaian tradisional setiap negeri kelolaan dari Jabatan Kesenian Kebudayaan Malaysia, koleksi pakaian batik daripada Istana Batik Plaza Shah Alam dan juga koleksi pakaian yang direka oleh pereka fesyen tempatan Bahari Asyek.
Tugasan lain di Peringkat Akhir, Pencarian Wanita Melayu 2016 atau PWM2016 ini agak mencabar peserta dengan beberapa tugasan diberikan untuk mereka siapkan dalam tempoh masa tertentu. Sudah tentu, yang terbaik dikalangan mereka dalam pelbagai jenis tugasan yang diberikan diberikan markah yang tinggi untuk melayakkan mereka memenangi gelaran Juara Pencarian Wanita Melayu 2016 tahun ini.

Peserta PWM2016 ini datang dari pelbagai latar belakang negeri, profession dan juga status. Jangan terkejut jika salah seorang dari mereka adalah seorang ibu yang aktif dan sudah mempunyai 4 orang cahaya mata. Manakala yang lain adalah pelajar perubatan, doktor, lulusan kejuruteraan dan lulusan bidang lain dari universiti tempatan.
Ketika dalam sesi penggayaan busana di ‘Runaway’, barisan Finalis menggayakan koleksi HABIB Aura, yang merupakan koleksi khas untuk wanita berhijab di Malaysia. AURA gaya koleksi lengkap dengan mengekori rantai, gelang, cincin dan kerongsang. Tidak lupa, di tangan mereka koleksi terbaru jam ICE Watch yang menjadi trendy di Malaysia masa kini.
Melepasi semua tugasan yang diberikan, akhirnya keputusan siapa pemenang PWM 2016 diketahui sudah. Juara bagi Pencarian Wanita Melayu 2016 ialah Cik Norhazwani (Juara), Cik Nur Eisha (Kedua), Cik Noor Shalina (Ketiga). Manakala dua lagi finalis dipilih sebagai pemenang sampingan ialah Cik Syarifah Nadia (Miss Personality) dan Cik Nur Suliani (Miss Photogenic).
Tahniah untuk pemenang. Dengar kata total hadiah untuk Juara berjumlah RM31,000, Naib Juara RM19,000 dan Ketiga RM12,000. Wow!!! Masyukkk…
Untuk makluman, pertandingan Pencarian Wanita Melayu 2016 yang meriah ini adalah hasil kerjasama dan gandingan tajaan utama dari pihak penaja utama Habib Jewels, Ice Watch, BTL AESTHETICS, Plaza Shah Alam dan Yann Rifft.
Kredit Photo by Maestro Ridwan