Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Penerbangan AirAsia Johor Bahru Ke Yogyakarta

Mungkin ada yang belum tahu tentang route Penerbangan AirAsia Johor Bahru Ke Yogyakarta. Ya, kini dari Johor, anda boleh terbang terus ke Yogyakarta untuk urusan melancong, business atau urusan keluarga. Penerbangan terus yang memakan masa sekitar 2 jam ini kini antara pilihan utama penumpang kerana harga tiket AirAsia ke Yogyakarta memang murah. 

Paling mudah bagi rakan kita warga Indonesia untuk berulang-alik samada mereka yang bekerja di Johor atau di Singapura. Dengan tawaran harga tiket penerbangan AirAsia yang murah ke Yogyakarta, sudah pasti ia akan membantu meningkatkan juga sektor pelancongan dua hala Malaysia dan Indonesia.

AirAsia Johor Bahru Ke Yogyakarta

 

AirAsia ke Yogyakarta

AirAsia Johor Bahru Ke Yogyakarta

MrJocko terbang dari Senai International Airport di Johor Bahru menuju ke Adisupjipto International Airport di Yogyakarta ketika dalam trip kami sempena dengan ASEAN Pass baru-baru ini. Kini memang mudah kalau dari Johor nak ke Yogyakarta kerana tidak perlu ke KLIA di Kuala Lumpur untuk terbang ke sana.

Yogyakarta antara lokasi pelancongan yang menarik di Indonesia di mana mereka mempunyai tarikan seperti Candi Prambanan, Gunung Merapi, Candi Borobudur, Jalan Malioboro dan banyak lagi. Untuk shopping, boleh ke Pasar Beringharjo di Jalan Malioboro.

 

 

airasia to yogyakarta 02

airasia to yogyakarta 06
AirAsia Johor Bahru Ke Yogyakarta

AirAsia Senai ke Yogyakarta AirAsia Senai ke Yogyakarta AirAsia Senai ke Yogyakarta

 

 

Untuk pilihan harga murah dari Senai Airport menuju ke Adisupjipto Airport di Yogyakarta, AirAsia menawarkan harga tiket serendah RM100++ bagi perjalanan sehala mengikut tempoh promosi tiket (bergantung kepada tempoh promosi). Nak lebih murah, pastikan anda membeli pada masa tawaran ‘AirAsia Free Seats’.

Nak lebih selesa, apa kata ambil pakej ASEAN Pass dan anda boleh travel dalam negara ASEAN dengan kadar yang betul-betul berbaloi. Untuk info tentang ASEAN Pass boleh ke laman web www.airasia.com

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.