Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Penerbangan Percubaan MyAirline Kuala Lumpur Ke Kota Kinabalu

Kami turut teruja dengan perkongsian terbaru Syarikat Penerbangan MyAirline Malaysia dengan beberapa gambar menarik penerbangan mereka di laman Facebook. Kami difahamkan, ia mungkin salah satu daripada penerbangan percubaan MyAirline dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Anda boleh lihat sendiri di laman rasmi Facebook MyAirline.

Perkongsian informasi sebelum ini, sudah mengujakan ramai rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk mencuba penerbangan tambah murah baru ini yang dijangkakan akan beroperasi seawal akhir tahun ini. Destinasi yang mungkin akan menjadi laluan utama mungkin Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Kuala Lumpur ke Kuching dan Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Ini antara jangkaan laluan favourite yang mungkin akan diberikan keutamaan.

Baca : MyAirline, pesaiang terbaru syarikat penerbangan tambang murah Malaysia

Penerbangan Percubaan MyAirline Kuala Lumpur

 


Penerbangan Percubaan MyAirline Kuala Lumpur Ke Kota Kinabalu

Penerbangan Percubaan MyAirline Kuala Lumpur
 

Beberapa keping gambar di laman Facebook MyAirline menunjukkan Juruterbang dan beberapa orang penumpang, yang mungkin daripada team MyAirline melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan ia berjaya dengan selamatnya.

Antara perkongsian MyAirline seperti di bawah :

Our proving flight to BKI was such an enjoyable one 🤩 especially when we saw so many plane spotters and people feeling the same enthusiasm we do ✨ It’s a matter of time before we bring you all through the skies. Stay tuned 😁 #MYAirline #aviation #airline #newairline #BKI #KUL

Penerbangan Percubaan MyAirline Kuala Lumpur
 

Sekiranya syraikat ini berjaya mendapat ‘Green Light’ dari pihak berwajid serta bersedia untuk menerbangkan penumpang, ambil peluang ini dengan segera. Kebiasaannya, setiap syarikat yang baru memperkenalkan laluan penerbangan mereka akan menawarkan harga tiket yang sangat murah dan kadang-kadang tidak masuk akal. InsyaAllah, kala kena dengan masa pembelian, anda akan jimat harga tambang ini dan pasti akan lebih berbaloi jika dapat melancong dengan tawaran Free Seats seperti kebanyakkan syarikat penerbangan tambang murah di Asia.
 

Penerbangan Percubaan MyAirline Kuala Lumpur

Penerbangan Percubaan MyAirline Kuala Lumpur

Penerbangan Percubaan MyAirline Kuala Lumpur

Kredit Gambar : Facebook MyAirline

Nota Kaki :
Kami tidak menyertai acara penerbangan percubaan ini. Ia hanya sekadar pandangan kami semata-mata, anggapan berpandukan perkongsian rasmi MyAirline di laman Facebook Rasmi mereka.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.