Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Penerbangan Tanpa Henti Paling Lama Di Dunia

Pernah tak korang terfikir, berapa lama sebenarnya penerbangan tanpa henti paling lama di Dunia? Saya sendiri, paling jauh terbang dari KLIA menuju ke Dubai dengan tempoh memakan masa selama 8 jam. Kalau tak kena cara, ia akan buatkan penumpang rasa terlalu bosan. Kalau bosan dalam penerbangan, memang rasa macam serik nak travel.

Kalau penerbangan selama 8 jam anda dah bosan, apatah lagi kalau nerbangan selama 10 jam, 12 jam atau tempoh penerbangan tanpa henti paling lama di Dunia, selama 18 jam 45 minit?

Penerbangan Tanpa Henti Paling Lama


 

penerbangan-tanpa-henti-paling-lama
 

Penerbangan tanpa henti paling lama di dunia akan dimiliki oleh syarikat penerbangan Singapore Airlines apabila ia bakal dilancarkan pada tarikh 11 Oktober 2018. Penerbangan antara Newark Liberty International Airport di Newark, New Jersey ke destinasi Changi International Airport Singapura, akan mengambil masa selama 18 jam dan 45 minit, menurut sumber laporan CNBC.

Harga tiket penerbangan dari Changi International Airport menuju ke Newark Liberty International Airport akan bermula dengan harga SGD1,166 (MYR3,529) untuk tiket kelas ekonomi, SGD1,489 (MYR4,506) untuk tiket ekonomi premium dan SGD5,819 (MYR17,611) tiket kelas perniagaan.
 

penerbangan-tanpa-henti-paling-lama-singapore-airlines
 

Baca : MrJocko dan Pengalaman Menaiki Airlines

Penerbangan sejauh 10,000 batu ini akan memakan masa hampir 19 jam. Bayangkan anda berada dalam penerbangan tersebut.

Tapi jangan risau, ini kerana Airbus dan Singapore Airlines akan membuatkan penumpangnya dan pesawat itu lebih selesa. Pesawat Airbus A350-900 ULR, yang merupakan pesawat julat ultra-panjang, punyai jet dua lorong yang membawa lebih banyak bahan api daripada versi standard dan mempunyai berat maksimum yang lebih tinggi untuk menampung jarak tambahan.

Ia memberi tekanan pada 6,000 kaki, bukannya 8,000 kaki seperti biasa, yang boleh membantu menangkis gejala kesan ketinggian seperti. Airbus A350-900 ULR ini juga telah dinaik taraf sistem pengudaraan untuk menyegarkan udara lebih kerap dan meningkatkan kelembapan di atas kapal.
 

penerbangan-tanpa-henti-paling-lama-singapore-airlines-business
Business Class
Penerbangan tanpa henti paling lama di Dunia
Premium Seat

penerbangan-tanpa-henti-paling-lama-singapore-airlines-business
Economy Class

 

Pengalaman sendiri, bila terbang dengan penerbangan yang besar seperti ini, setakat Awan, Air Pocket atau Air Turbulence yang biasa tidak akan mengganggu pesawat. Tambah lagi kalau duduk di bahagian depan, First Class atau Business Class.

Jadi, kalau anda merancang untuk bercuti atau urusan kerja ke New York, Amerika Syarikat, boleh ambil peluang ini untuk terbang terus dari Singapura ke New York, hanya dalam masa 19 jam, penerbangan terus tanpa henti dengan penerbangan Singapore Airlines.

Secara rasmi, pada 11 Oktober 2018 nanti, perjalanan antara Changi International Singapura ke Newark Liberty International Airport akan menjadi The Longest Non-Stop Flight in The World.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.