• Fri. Sep 22nd, 2023

Pengalaman Terbang Bersama Thai Airways BOEING 777

Semasa MrJocko sertai FAM Trip ke Bangkok Chiang Mai, kami berpeluang untuk menaiki penerbangan Thai Airways ketika transit dari Bangkok menuju ke Chiang Mai. Kali ini, kami menaiki pesawat Thai Airways BOEING 777 International TG116 selama 1 jam. Memang tidak MrJocko jangka kerana walaupun penerbangan domestik, jauhnya cuma 1 jam tetapi menggunakan pesawat Boeing 777-300. Yang lagi menarik, tempat duduk dari ‘Business Class’ hingga Kelas Ekonomi penuh dengan penumpang.

Thai Airways BOEING 777
Pengalaman Terbang Bersama Thai Airways BOEING 777

 

 

Kalau di Malaysia, penerbangan dari Kuala Lumpur menuju destinasi Penang, Langkawi, Kuching atau Kota Kinabalu, masih menggunakan penerbangan pesawat 737 sahaja. 

Thai Airways BOEING 777

 

Untuk sesi penerbangan Thai Airways dari Bangkok ke Chiang Mai International yang memakan masa hanya sejam ini, MrJocko boleh memberikan pujian kepada Kru penerbangan Thai Airways. Dari masa kami menaiki pesawat, urusan untuk berlepas, penyediaan refreshment di dalam penerbangan serta servis yang lain memang mengikut standard yang terbaik.  

Paling best, rasa puas minum jus buah campuran dan juga air putih, walaupun dalam penerbangan selama satu jam. Servis menyediakan refreshment kepada penumpang memang cepat sehinggakan MrJocko sendiri boleh meminta 2 kali air kerana kehausan. Terima kasih kepada Pramugari Thai Airways.

 

Pengalaman Terbang Bersama Thai Airways BOEING 777

 

Pengalaman Terbang Bersama Thai Airways BOEING 777

 

Walaupun hanya lebih kurang satu jam bersama Thai Airways, ia antara pengalaman yang menarik. Kalau ada rezeki, ingin nak cuba flight Thai Airways menuju ke destinasi lain pulak. Kalau boleh penerbangan yang melebihi 2 jam, Bangkok ke Kuala Lumpur mungkin, untuk merasai pengalaman baru. 

Anda yang pernah menaiki Thai Airways, apa kata kongsi pengalaman anda ???

 

 

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

One thought on “Pengalaman Terbang Bersama Thai Airways BOEING 777”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.