Pengalaman Berbasikal Di Samut Prakan Bangkok Thailand
|Hidden Places in Bangkok. Itu antara jolokan yang tempat ini terima sebab punyai kelainan yang menarik. Kawasan yang dijadikan Pulau Jadian ini, dikenali sebagai Petchahung Alley Bang Yo di daerah Samut Prakan. Pertama kali merasai Pengalaman Berbasikal Di Samut Prakan Bangkok Thailand.
Kawasan ini hanya terletak di tepi sungai terkenal di Thailand iaitu Sungai Chaophraya. Ia sebuah kawasan perkampungan bersebelahan dengan Pelabuhan Klong Toey Port di Bangkok.
Pengalaman Berbasikal Di Samut Prakan Bangkok
Nak ke sini tidak la susah. Ada banyak cara untuk ke Petchahung Alley di Samut Prakan ini.
Kami naik bot merentas Sungai Chaophraya di Jeti Klongtoey Nok (Phothong). Perjalanan ke seberang sana hanya memakan masa selama beberapa minit sahaja dengan tambang bot cuma Bath10 sahaja.
Sampai sahaja di jeti sebelah sana, ada beberapa lokasi tempat menyewa basikal di sediakan. Kami ke M-Bike untuk menyewa basikal. Di sini adalah operator yang paling besar menyediakan khidmat sewaan basikal dan motorsikal untuk pelancong.
Kadar sewa basikal hanya Baht40 untuk satu jam atau Baht 80 untuk sehari. Jadi, memang kalau nak jimat, baik ambik sehari jer, cuma sekitar RM10 sahaja. Murahkan??? Lagipun ada ratusan basikal yang boleh anda pilih untuk kegunaan anda bersesuain dengan cara anda mengayuh basikal.
Kalau nak ikutkan trail perjalanan di Petchuhung Alley ini memang luas. Kalau tak ikut cara dan map yang betul, anda boleh sesat. MrJocko sendiri 3 kali tersesat jalan. Namun jangan risau sebab ia dalam satu Pulau yang kecil sahaja.
Jalanraya di sini juga cantik dan tak perlu risau. Hanya bila memasuki jalan besar sahaja, ada banyak kereta dan motorsikal. Jalan lain umpama jalan kampung dan memang menyeronokkan.
Sepanjang perjalanan mengayuh basikal, kami singgah melihat beberapa tempat menarik di sini. Antara yang selalu pelancong singgah ialah di Sri Nakhon Khuen Khan Park and Botanical Garden, Bang Nam Phuen Floating Market, Temple dan juga Fighting Fish Gallery.
Sepanjang jalan mengikuti jalan basikal di sini memang best. Jalan yang cantik dan selamat. Tambah lagi pemandangan di sini memang cantik. Pengalaman menyusur jalan diatas jambatan yang dibina di laluan paya bakau memang sesuatu yang baru dan tidak ada di Malaysia. Ini mesti anda cuba.
Sedar tak sedar, sudah 2 jam kami mengayuh. Lenguh juga kaki kiri dan kanan.
Dah puas pusing satu ‘pulau buatan’ di Samut Prakan ini, kami singgah untuk makan tengahari di satu lagi lokasi ‘hidden places’ di Bangkok. Nak tahu apakah lokasi best yang tak ramai lagi singgah di sini? Tunggu entry selepas ini 🙂
#AmazingThailand #SamutPrakan #CyclingAtBangkok