Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Di Langkawi Bird Paradise And Wildlife Park

Pengalaman Di Langkawi Bird Paradise And Wildlife Park. Di Langkawi memang ada tempat untuk burung-burung dan juga haiwan liar. Kalau nak pergi, cari lokasi di Langkawi Bird Paradise And Wildlife Park yang terletak di sekitar kawasan yang di namakan Kisap, terletak lebih kurang 12 Kilometer dari pekan Kuah.

Kalau korang drive, ia cuma memakan masa dalam 10 minit sahaja daripada Jeti Kuah. Jangan tak tahu, di Taman Hidupan Liar Langkawi ini, memang ada banyak tarikan untuk pelancong.

Baca : Pantai Cenang Langkawi Yang Popular

Langkawi Bird Paradise And Wildlife Park

 


Pengalaman Di Langkawi Bird Paradise And Wildlife Park

Langkawi Bird Paradise And Wildlife Park

 

MrJocko pernah singgah di Taman Hidupan Liar Langkawi ini dengan family pada tahun 2010. Masa tu tiket masuk ke Langkawi Bird Paradise ini berharga RM12 untuk Dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Tetapi sekarang, dengar kata harga dah naik kepada RM15 untuk Dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.
 

Langkawi Bird Paradise and Wildlife Park

 

Langkawi Bird Paradise And Wildlife Park

 

Langkawi Bird Paradise and Wildlife Park

Sebenarnya berbaloi singgah di Langkawi Bird Paradise ni sebab ada banyak burung-burung yang dipelihara di sini. Antara yang menarik seperti burung Kakak Tua, Burung Enggang, Burung Kasawari, Burung Helang, Murung Merak, dan macam-macam lagi. Pendek kata, beratus-ratus spesis burung ada di dalam Langkawi Bird Paradise ini. 

Di sini, anda berpeluang untuk bergambar dengan haiwan, memberi makan dan juga menonton pertunjukkan haiwan pada masa-masa tertentu.
 

Langkawi Bird Paradise and Wildlife Park

 

Langkawi Bird Paradise and Wildlife Park

 

Sebelah Langkawi Bird Paradise, ada taman haiwan liar yang dikenali sebagai Taman Hidupan Liar Langkawi. Di sini, banyak yang menarik juga seperti buaya, ular dan pelbagai spesis serangga merbahaya ada dipamerkan kat sini. Macam-macam yang boleh kita lihat kalau ke Taman Hidupan Liar Langkawi.
 

Langkawi Bird Paradise And Wildlife Park

 

Ada satu sudut di wild life park ni, ada kolam ikan koi memang menarik di Langkawi Wildlife Park. Ada beribu-ribu ikan koi ada di dalam kolam tersebut dan memang best layan anak-anak ikan ni makan. Leka seketika bila tengok ikan-ikan ini berebut makanan dan berenang dalam kolam.

Langkawi Bird Paradise and Wildlife Park

Khabarnya Langkawi Bird Paradise dan Taman Hidupan Liar Langkawi ini sudah ditambah baik menjadi lebih besar dan selesa. Nampaknya, kalau anda ke Langkawi lagi, mesti singgah sana untuk lihat tarikan baru yang ada di Taman Hidupan Liar Langkawi.

Anda sudah pergi ke Langkawi Bird Paradise dan Langkawi Wildlife Park? Kalau belum, apa kata rancangnya untuk kesana dengan segera.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.