Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Merasai Pengalaman Di Sats Lounge Changi Airport Singapore

Selama terbang pergi kerja bersama rombongan Media Trip atau bercuti, hanya beberapa kali sahaja MrJocko berpeluang merasai pengalaman Lounge di Lapangan Terbang. Kali ni, ketika terbang bersama Flyscoot dan Tigerair, MrJcoko dapat juga merasai Pengalaman Di Sats Lounge Changi Airport Singapore

Sats Lounge antara lounge yang disediakan di Changi Airport untuk kemudahan pengguna airport untuk berehat, makan, santai, rehatkan badan dan membuat kerja dengan selesa dengan servis yang berpatutan.

Sats Lounge Changi Airport Singapore

Sats Lounge Changi Airport Singapore

 

Penerbangan dari Athens menuju ke Singapura mengambil masa sekitar 12 jam. Kami selamat mendarat di Changi Airport dalam jam 2.30 pagi. Agak penat, jadi untuk transit seterusnya ke KLIA2, MrJocko terpaksa menunggu penerbangan sekitar jam 9.30 pagi.

Terima kasih buat FlyScoot kerana menyediakan servis tambahan dengan memberikan MrJocko merasai pengalaman untuk rehat seketika di Sats Lounge Changi Airport.

 

Sats Lounge Changi Airport Singapore Sats Lounge Changi Airport Singapore

 

Tips untuk mereka yang selalu menggunakan penerbangan di mana-mana lapangan terbang seluruh dunia. Check balik Boarding Pass korang. Cuba lihat kot-kot ada kemudahan yang tertulis ‘Lounge’ di Boarding Ticket korang.

Biasanya, ramai juga yang tidak perasan akan kemudahan ini. Kalau ada tertulis Lounge, maknanya korang diberi kemudahan VIP untuk merasai servis tambahan sementara menunggu penerbangan seterusnya.

Kalau dapat Lounge, dapat la rehat, mandi, makan atau santai sekejap untuk bagi badan kembali segar.

 

Sats Lounge Changi Airport Singapore

 

Kalau tidak silap, harga untuk kemasukkan ke Sats Lounge Changi Airport ini sekitar SGD50 untuk seorang. Untuk bayaran ini, korang boleh guna kemudahan lounge ini selama mana yang korang mahu. 

Dalam lounge ini ada kemudahan makanan, minuman, bilik mandi, ruang massage kerusi urut, sofa untuk rehat dan juga ruang kerja bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan urusan mereka.

Akses internet juga percuma dan boleh korang akses guna WiFi yang disediakan atau guna kemudahan komputer yang ada dalam lounge tersebut.

 

Sats Lounge Changi Airport Singapore Sats Lounge Changi Airport Singapore

 

Untuk menu makanan di Sats Lounge, ada pilihan menu Halal untuk semua. Untuk pengguna Muslim, jangan risau, ada menu makanan halal yang disediakan dan ia diiktiraf oleh pihak berwajib dari Singapura. Menu seperti Mihun Sup, Salad, Nasi Goreng, Sosej dan banyak lagi adalah halal.

Terus terang MrJocko respect dengan kemudahan yang disediakan, lebih lebih lagi untuk menu makanan. Walaupun ia tak sebanyak menu makanan di lounge premier yang lain, ia sudah cukup untuk tetamu lounge. Lagipun dengan bayaran yang dikenakan, ia agak berbaloi untuk korang cuba.

Kalau nak bandingkan dengan Emirates Lounge, memang la Emirates lebih baik http://www.mrjocko.com/2015/01/pengalaman-business-lounge-emirates.html

Sats Lounge Changi Airport Singapore Sats Lounge Changi Airport Singapore Sats Lounge Changi Airport Singapore

 

Ruang rehat juga selesa dan bilik mandi juga agak besar. Puas hati. Nak lebih rehat, boleh luangkan masa untuk massage dengan kerusi urut yang disediakan.

Selamat 5 jam di sini, ia memuaskan. Dapat la lelap dengan nyenyak selama 2 – 3 jam sebelum habiskan masa untuk makan dan surfing internet di Sats Lounge Changir Airport.

Kalau nak baca review dari pengembara lain yang pernah merasai sendiri pengalaman di Sats Lounge Changi Airport, boleh baca review mereka di laman web TripAdvisor https://www.tripadvisor.com.my/Attraction_Review-g294265-d8325488-Reviews-SATS_Premier_Lounge-Singapore.html

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.