Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Di SeaWorld Indonesia Jakarta

Mungkin bagi anda yang telah ke Jakarta, pernah singgah di Ancol Dream Land Complex, Jakarta. Di dalamnya ada satu lokasi tarikan pelancong yang menarik iaitu DreamWorld Indonesia yang mana menempatkan lebih 4,000 spesis kehidupan laut dan ia dipamerkan di dalam Akuarium SeaWorld Indonesia ini.

 

Untuk harga tiket masuk ke DreamWorld Indonesia ini, cuma IDR100,000 (RM32) dan anda boleh menikmati kehidupan di Main Aquarium, Shark Aquarium, Touch Pool, Dugong dan juga AquaArapaima.

 

 

SeaWorld Indonesia
SeaWorld Indonesia

 

Seaworld Indonesia, Ancol Dream Land Complex

 

Entrance Fee Seaworld Indonesia, Ancol Dream Land Complex

 

 

Seaworld Indonesia, Ancol Dream Land Complex

 

Seaworld Indonesia, Ancol Dream Land Complex

 

Seaworld Indonesia, Ancol Dream Land Complex

 

 

Memang menarik bila berada di dalam SeaWorld Indonesia ini, sebab ia punya banyak bahagian. Walaupun saiz SeaWorld Indonesia ini tidak seluas Seaworld Gold Coast, Australia, tetapi masih banyak tarikan yang boleh anda alami.

 

Ada pameran Pari Pari saiz Gergasi di SeaWorld Indonesia dengan sejarah hidupnya, ada beberapa ekor Arapaima dan juga Dugong yang menjadi penghuni di sini serta banyak lagi hidupan marin yang mungkin anda tak pernah lihat sebelum ini.

 

Antara aktiviti yang best ialah boleh memegang anak ikan pari dan juga penyu di bahagian Touch Pool. Persembahan ‘Fish Feeding’ juga memang best sebenarnya, namun ketika kami ke sana, kami terlepas waktu persembahan tersebut. Ruginya…

 

 

 

Seaworld Indonesia, Ancol Dream Land Complex

 

Seaworld Indonesia, Ancol Dream Land Complex

 

Seaworld Indonesia, Ancol Dream Land Complex

 

 

Sudah pasti akuarium SeaWorld di Indonesia ini salah satu lokasi tarikan pelancong yang wajib anda singgah kalau ke Jakarta. Nak ke sini mudah sahaja, naik teksi Bluebird atau Kereta Sewa, pergi ke Ancol Dream Land Complex dan SeaWorld Indonesia terletak di dalam kawasan Ancol Jakarta ini.

 

Kalau dah orang dewasa pun rasa best bila ke SeaWorld Indonesia ini, sudah pasti anak-anak akan lebih teruja dan happy dengan gelagat ikan dan hidupan laut di SeaWorld Indonesia.

 

SeaWorld Indonesia di Jakarta ini di buka pada jam 9.00 pagi dan ditutup pada jam 6.00 petang. Di dalam SeaWorld Indonesia ni ada banyak lagi aktivity yang boleh anda buat termasuk lepak di Library, Museum, Observation Deck, AquaCity, Food Court dan banyak lagi. Maklumat lanjut anda boleh layari laman web SeaWorld Indonesia.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.