MrJocko pernah kongsi entry tentang AirAsia Premium Flex beberapa minggu yang lepas. Mungkin ramai yang sudah tahu tentang kelebihan Premium Flex AirAsia ini. Ia sesuatu kemudahan yang anda boleh dapatkan bila menggunakan perkhidmatan AirAsia.
MrJocko berpeluang guna Premium Flex AirAsia untuk penerbangan dari Chiang Mai ke Kuala Lumpur. Kali ini pertama kali MrJocko berpeluang untuk memilih lokasi tempat duduk Priority dan juga tepi tingkap pesawat. Ia memang menjadi pilihan ramai semasa terbang dengan pesawat kan???
Baca : Pengalaman Menaiki AirAsia
Untuk Premium Flex AirAsia juga MrJocko tak perlu beratur dan punya keutamaan untuk masuk ke pesawat terlebih dahulu, extra baggage percuma 20kg, priority baggage claim, peluang tukar flight tanpa sebarang bayaran tambahan selama 2 kali, kumpul mata BIG untuk RM1 = 1 points dan banyak lagi.
Kelebihan AirAsia Premium Flex
Antara kelebihan yang anda akan dapat bila menggunakan Premium Flex AirAsia ialah kemudahan fleksibel pertukaran penerbangan, lebihan bagasi sehingga 20kg, seat pilihan, express boarding AirAsia, AirAsia BIG Point, punyai kaunter Premium Flex yang mudah, inflight meal, express bagasi dan juga fast track ketika menaiki dan turun pesawat 🙂
Ini antara kelebihan sekiranya anda menggunakan Premium Flex AirAsia, hanya dengan penerbangan tambang murah terbaik dunia AirAsia.
Pengalaman menggunakan servis Premium Flex ini memang terbaik dan terasa dilayan seperti VIP. Ia umpama kelebihan yang anda dapat sebagai seorang yang penting dalam penerbangan pesawat AirAsia. Tidak perlu berebut dan sentiasa ada priority untuk anda sepanjang penerbangan.
Jika anda memerlukan khidmat dan layanan servis VIP ketika menaiki pesawat AirAsia, MrJocko cadangkan supaya anda menempah tiket penerbangan AirAsia bersama pakej Premium Flex AirAsia ini dengan segera. Anda akan teruja dengan layanan Premium Flex AirAsia dan sudah pasti akan selesa dengan servis bertaraf Premium dari AirAsia.
Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko
[…] ke Kuala Lumpur. Flight ini memakan masa selama 2 jam 20 minit dan Alhamdulillah, kami diberikan pakej Premium Flex oleh pihak […]