Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destination, Best Packages

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Pengalaman Guna Software Terbaik Untuk Macbook CleanMyMac X2

Setelah 7 tahun menggunakan Macbook, memang rasa kalau boleh tak nak dah guna Windows. Sebab apa? Sebab ada banyak perkara yang membuatkan laptop Apple ini memang terbaik dari segi penggunaan seharian. Lagipun, saya cuma pakai satu aplikasi software sahaja yang memudahkan saya menguruskan operasi dalam komputer riba ini. Saya kongsi, Pengalaman Guna Software Terbaik Untuk Macbook CleanMyMac X2.

Ia satu aplikasi pengurusan yang mudah untuk pengguna Macbook guna, tidak kira samada anda menggunakan Macbook Pro, Macbook Air ataupun iMac. Ia membolehkan pengguna untuk menguruskan komputer mereka dan memberikan performance terbaik.

Baca : Gadjet Terbaru Macbook Air 13 Inci

 


Pengalaman Guna Software Terbaik Untuk Macbook CleanMyMac X2

Software-Terbaik-Untuk-Macbook-Clean-MyMac-X-01
 

Software Clean MyMacX2 ni mempunyai beberapa kerja yang boleh anda buat. Antara yang utama ialan membuat ‘clean up’, protection, menambah kelajuan komputer, menyusun aplikasi lain dan juga menguruskan fail dalam komputer anda.

Yan gselalu saya gunakan ialah untuk scan dan membuat cluan up fail-fail yang tidak digunakan di dalam komputer. Sesetengah fail ini akan tertinggal di dalam komputer dan ia akan melambatkan dan menambah bilangan storan komputer anda. Sebab itu, kena buang supaya ia beri laluan kepada fail lain untuk bekerja.

Software-Terbaik-Untuk-Macbook-Clean-MyMac-X-02

Software-Terbaik-Untuk-Macbook-Clean-MyMac-X-03

Software-Terbaik-Untuk-Macbook-Clean-MyMac-X-04
 

Jadi, untuk memberikan perfomace maksima kepada komputer riba Apple ini, saya akan membuat penyusunan mudah setiap minggu supaya tidak ada anasir-anasir yang boleh melembabkan kerja-kerja saya menggunakan komputer. Ia umpama buat penyelesaian mudah sebelum ada troubleshooting yang lagi parah.

Fungsi untuk bersihkan malware di dalam komputer menggunakan CleanMyMac X2 ini jarang saya guna. tetapi untuk membuat clean up junk files dan juga mencari storan paling besar di dalam storan HDD saya, ia adalah aplikasi yang paling saya suka kerana ia lebih cepat dan tepat.

Fungsi lain di dalam CleanMyMax X2 juga lebih bagus dari CleanMyMac X versi pertama. Suadah pasti kalau anda menggunakan Macbook, ini adalah software yang paling saya syorkan untuk anda cuba. Berbaloi untuk aplikasi yang mudah dan cepat.

Oh Ya, kalau ada aplikasi lain yang boleh digunakan untuk Macbook, mohon share diruangan komen. Mana tahu, aplikasi yang anda kongsi boleh bantu saya untuk memudahkan kerja-kerja saya seharian dengan Macbook…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.