Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Guna Wiyo Pocket WiFi Di Tokyo Jepun

Selama 5 hari 4 malam MrJocko melancong ke Tokyo, Jepun untuk Travel Lawak pada bulan May 2015, kami semua menggunakan pakej Wiyo Pocket WiFi untuk berhubung dengan dunia luar, samada Facebook, Instagram, Twitter dan juga ber’WhatsApp’. Sebab itu, MrJocko nak kongsi Pengalaman Guna Wiyo Pocket WiFi Di Tokyo Jepun.

Untuk tempoh 5 hari penggunaan di Tokyo, Jepun, kami hanya cuma bayar RM175 sahaja dengan kadar purata RM35 bagi setiap hari. Lagi menarik, pakej Wiyo Pocket WiFi di Jepun adalah pakej 3G/4G yang laju dan UNLIMITED, sangat berbaloi jika anda guna secara berkumpulan.

Baca : Tips Melancong Ke Jepun Khususnya Tokyo

 


Gadjet Review Wiyo Pocket WiFi Di Tokyo

 

Untuk info, satu peranti Hundle Wiyo Pocket Wifi  ini boleh dikongsi sehingga maksima 10 Peranti Smartphone, Tablet atau Laptop berkongsi data 3G/4G. Sangat menarik bukan???

Jaringan network serta coverage untuk pakej Wiyo Pocket WiFi Data 3G 4G ini di Jepun memang terbaik kerana sentiasa mempunyai data coverage yang maksimun dan ‘Full Bar’ sentiasa. Tiada gangguan network, tiada buffering dan memang sangat laju walaupun kami berempat menggunakan datan dalam masa yang sama.

 

 

Harga sewa Pocket WiFi Wiyo?

Jadi, jika anda ingin melancong ke luar negara dan mahu jimatkan Data 3G dan 4G anda, apa kata guna Wiyo Pocket WiFi Data 3G 4G yang sangat berbaloi ini. Untuk maklumat lanjut, layarai laman web Wiyo Malaysia atau Fanpage Wiyo Pocket WiFi Rental.

Nak baca entry lain pasal Wiyo Pocket WiFi Rental ini boleh baca di entry lama MrJocko.

http://www.mrjocko.com/2015/01/wiyo-pocket-wifi-untuk-travel-luar.html

http://www.mrjocko.com/2015/05/wiyo-pocket-wifi-promosi-diskaun-10-dengan-airasia.html

 

Seperti yang biasa MrJocko kongsi, pengguna Wifi Pocket ni jauh lebih jimat berbanding dengan Roaming data telefon anda (bagi yang guna Postpaid). Ini kerana, nilai cas sekitar RM15 hingga RM20 sehari boleh anda guna untuk berkongsi dengan rakan-rakan atau keluarga dengan penggunaan data internet yang unlimited bagi sesetengah negara. jauh lebih jimat.

Bila dah ada data laju, tak perlu lagi nak guna talian telefon biasa, boleh terus Video Call guna Whatsapp atau aplikasi lain yang ada di smartphone anda. Jimat kan???

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.