Pengalaman Massage Kaki Di Guangzhou China Cuma CNY100
|Selama beberapa hari di Guangzhou, kami hanya banyak habiskan masa berjalan kaki dari satu kedai ke kedai yang lain. Naik keretapi Metro dan berjalan kaki lagi dari satu stesen ke stesen yang lain. Pastinya kaki senang penat dan lenguh. Jadi, nak kongsi Pengalaman Massage Kaki Di Guangzhou China cuma CNY100 (MYR65).
Bayangkan, setiap hari hampir 17000 steps dengan jarak sekitar 15km – 17km setiap hari bermula hari pertama, hingga hari ke 5. Tambah lagi, bulan Julai di Guangzhou, cuaca memang panas dan ia menyukarkan lagi perjalanan.
Baca : Aktiviti Best di Guangzhou
Pengalaman Massage Kaki Di Guangzhou China Cuma CNY100
Tempat Urut kaki di Guangzhou tidak sebanyak yang ada di Malaysia. Sepanjang perjalanan dari Panyu dan sekitar Zhanxi Lu, Beijing Lu, Yide Lu dan kawasan sekitar, memang payah nak lihat Tempat Urut Kaki di Guangzhou.
Yang ini pun, kami jumpa ketika perjalanan nak balik dari Beijing Lu ke hotel. Mereka menyediakan perkhidmatan urut kaki dengan pelbagai pakej. Paling menarik, ada 5 pakej urutun iaitu Urutan Bahu, Rendaman Air Halia, Salt Massage, Kikis Kulit Kaki Yang Mati, Bekam Kaki dan Urut kaki. Kesemua 6 langkah ini memakan masa selama 1 jam 30 minit dengan hanya bayaran CNY100 (MYR65) sahaja.
Step pertama, Tukang Urut akan bersihkan kaki anda dan kemudian rendam dalam air Halia yang telah dilenyekkan. Sementara menunggu kaki anda terendam, mereka akan mengurut bahu dan belakang anda. Selepas 20 minit, kaki anda akan di bersihkan kemudian akan diurut dengan Garam Laut. Selepas selesai, mereka akan gunakan pisau yang tajam mengikis kulit tapai kaki yang sudah mati. Anda pasti akan teruja melihat banyaknya kulit mati yang dibuang.
Kemuncak, selepas itu baru lah kaki akan diurut mengikut cara mereka. Penutup sesi, mereka akan menggunakan Buluh dengan Haba Panas untuk bekam angin di bahagian betis, labu betis, lutut dan beberapa bahagian peha.
Bayaran CNY100 ini sangat berbaloi dengan servis yang mereka buat. Tambah lagi, urutan kaki yang dibuat betul-betul mengikut point-point refleks cara tradisi orang Cina. Terbaik. Kalau ada peluang, cuba lah sendiri.
Untuk cari lokasi Best Massage Spot in Guangzhou, boleh klik sini.