Cerita Pengalaman Massage Spa Di Koh Samui Thailand
|Sebut sahaja Thailand, pasti ramai yang pernah ke sana akan ingat makanan, tempat shopping dan juga massage. Ya, massage di Thailand antara yang paling murah di Asia. Ini cerita Pengalaman Massage Spa Di Koh Samui Thailand ketika MrJocko ke sana beberapa minggu yang lepas.
Untuk pengalaman kali ini, MrJocko dibawa untuk merasai pengalaman di urut di sebuah massage spa terkenal di Koh Samui yang diberi nama Cyan Spa Fisherman Village. Ia sebuah spa menarik sebab punyai pemandangan pantai yang sangat cantik.
Baca : Tempat Urut Kaki Best Di Kuala Lumpur
Pengalaman Massage Spa Di Koh Samui
Tengok la bilik yang MrJocko dapat ini. Pemandangannya menghadap laut yang sangat cantik. Pengalaman berurut sambil menikmati pemandangan pantai yang indah ini bukan selalu MrJocko cuba.
Oh ya! Untuk pakej massage spa di Koh Samui, ada banyak pilihan untuk korang cuba. Ada spa untuk urutan lelaki dan juga urutan wanita. Di sini mereka mempunyai ramai tukang urut yang pakar untuk mengurut pelanggan mereka.
Kalau lelaki, ada ramai tukang urut lelaki yang ada di sini. Kalau sebut pasal tukang urut wanita, memang mereka punyai ramai untuk pelanggan mereka. Sebaiknya, kalau lelaki, ambik la tukang urut lelaki.
Kali ini, kami dibawa untuk merasai pengalaman massage spa selama 1 jam 30 minit. Bermula dengan urutan kaki, dan kemudian urutan badan yang membuatkan kami hilang lenguh-lenguh selepas seharian berjalan kaki.
Pakej urutan di kawasan Fisherman Village ini agak murah. Ada beberapa massage centre menawarkan pakej harga urutan dengan harga serendah THB190 sahaja. Itu pakej urutan kaki dan urutan Tradisional Thailand yang biasa tanpa guna minyak.
Kalau nak pakej harga massage termasuk spa, steam bath dan pakej urutan lain, harga berbeza mengikut jenis dan masa yang diambil. Tetapi, secara asas, kalau massage di Koh Samui, harganya jauh lebih murah berbnding di Malaysia.
Antara tips untuk massage di Thailand, pastikan anda jenis yang bukan seorang penggeli kerana ia mungkin sensitif bagi sesetangah orang. Pilih harga yang murah kerana di sini banyak Massage Centre dan ada banyak harga murah untuk korang cuba. Untuk pakej honeymoon, ada juga beberapa pakej honeymoon untuk couple atau suami isteri. Biasanya lebih murah.
Ini Pengalaman Massage Spa Di Koh Samui dan ia hampir sama dengan massage spa lain di Thailand. Kalau ada peluang, cuba lah. Korang pasti akan rasa rileks, tenang dan bertenaga selepas diurut oleh pakar urutan Thailand.
Nak tengok apa yang menarik di Koh Samui baca ini http://www.kosamui.com/attractions/
Selepas berurut di Koh Samui, lepas ni boleh ka jalan-jalan lagi tengok tempat menarik di Koh Samui http://www.mrjocko.com/2017/06/namuang-safari-park-samui.html