Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Menginap Di Excel Hotel Tokyu Narita Jepun

Ketika sertai NSC Trip ke Tokyo pada tahun 2012, lokasi hotel terakhir yang kami singgah ialah Excel Hotel Tokyu yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Narita, Jepun. Kami check in di Excel Hotel Tokyu Narita agak lewat, sekitar jam 9.00 malam kerana packed dengan schedule trip dari Tokyo dan sekitarnya.

Kami dibawa menginap di sini kerana esok paginya, kami akan balik ke Malaysia. Jadi, lokasi Excel Hotel Tokyu ni sebenarnya mungkin hotel inapan untuk mereka yang nak gunakan Lapangan Terbang. Rasanya sekitar lokasi hotel ni tak banyak tarikan pelancong yang menarik berbanding di Tokyo. 

Baca : Terbang Dengan Japan Airlines dari KL ke Narita Tokyo

 


Pengalaman Menginap Di Excel Hotel Tokyu Narita

Excel Hotel Tokyu Review

 

Excel Hotel Tokyu Narita

 

Excel Hotel Tokyu Narita ini mempunyai ketinggian bangunan 11 tingkat yang mana mereka menyediakan lebih 550 bilik. Di hotel ini ada kemudahan dewan serbaguna, cafe, sauna dan spa, fitness centre dan banyak lagi.

Antara kemudahan lain, pihak hotel menyediakan Free Shuttle Bus dari lobi hotel ke bandar Narita dan juga ke Lapangan Terbang Narita.

Excel Hotel Tokyu Review

Malaysia Travel Blogger Excel Hotel Tokyu Review

Malaysia Travel Blogger Excel Hotel Tokyu Review

 Menginap Di Excel Hotel Tokyu Narita

Untuk pemandangan landskap penuh di Excel Hotel Tokyu, MrJocko tak sempat nak explore sebab masa yang terhad. Namun sempat jogging sekejap (tak bawak kamera) di Taman Jepun di belakang bangunan dan ia punyai kawasan taman yang agak luas dan cantik. Ada kolam ikan Koi dan juga pokok-pokok renek sebagai hiasan.

Kalau anda perlukan hotel yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Narita, mungkin anda boleh cuba untuk menginap di Excel Hotel Tokyu Narita. Mudah nak transit ke lapangan terbang memandangkan lokasi hotel ini hanya terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, Jepun.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.