Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Naik Beca Melaka Syiokkk

Sebelah malam, lepas naik Melaka River Cruise, kami singgah ke Menara Taming Sari. Antara yang menarik di sekitar menara Taming Sari ialah pengalaman naik Beca Melaka. Tanpa menunggu lama, kami sekeluarga pilih untuk naik Beca Melaka.
Kalau korang pernah ke Melaka, mesti pernah tengk Beca Melaka. Lain dari beca negeri lain, yang mana Beca melaka ni punyai keunikkan tersendiri.
Beca Melaka ni, di hias dengan bunga-bunga palstik yang berwarna-warni. Kena pulak di tambah dengan hiasan lampu-lampu LED, Sport Light, jugak lampu Kalimantan. Paling special bila hampir kesemua Beca kat sini ada system audio tersendiri terletak di bawah tempat duduk penumpang.
Kalau korang nak jalan-jalan pusing Bandar Hilir, sambil dengar lagu kegemaran korang, boleh request dari Penarik Beca tu. Kalau ada, korang bleh layan sepanjang menaiki beca.
Harga perkhidmatan yang di sediakan tak der la mahal, sekitar RM20 ke RM30 bergantung kepada pelanggan tuan punya Penarik Beca. Nak tawar menawar buleh. Maksima satu beca boleh naik 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Tak boleh lebih. Ini untuk keselamatan dan keselesaan jugak. So, kalau korang berlima, kena la ambik dua beca. Kalau satu beca, masak brader yang nak kayuh kalau bawak korang berlima.
Masa kami naik di Menara Taming Sari, kamu di bawa menyusuri Padang Merdeka, A Famosa berhenti selama 5 minits, kemudian pusing ke kawasan penjaja di Bandar Hilir dan kembali ke Menara Taming Sari. Takda la jauh sangat, cuma sekitar 2 kilometer je pun. Kalau nak pusing jauh, kena la bayar lebih. Kesian brader tu duk kayuh basikal, penat tau. 🙂

Jadi, kalau singgah Melaka, jangan lupa singgah naik Beca Melaka. Masa aku duk survey area situ, kita boleh naik beca juga kat area Menara Jam Melaka, Menara Taming Sari, Jonker Street dan juga kawasan A Famosa.

“Apa lagi, masa cuti nanti, jom sekali lagi ke Melaka.

MrJocko.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.