Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Naik Feri Pulau Pinang Yang Menarik

Pengalaman Naik Feri Pulau Pinang

 

Salah satu sebab kenapa aku suka ke Pulau Pinang kerana suka naik Feri Pulau Pinang. Samada naik dari tanah besar menuju ke Pulau, atau naik dari Pulau menuju tanah besar, dua dua memang best. Pengalaman Naik Feri Pulau Pinang yang menarik untuk kami sekeluarga. 

 


Pengalaman Naik Feri Pulau Pinang Yang Menarik

Menaiki feri yang sebesar itu dan boleh memuatkan puluhan kereta merentasi laut di tambah dengan pemandangan laut serta angin sepoi-sepoi bahasa. Priceless.

 

Kalau dari tanah besar ke pulau menaiki jambatan Pulau Pinang kena bayar Tol RM7.00, naik Feri Pulau Pinang juga kena bayar harga yang sama bagi sebuah kereta satu hala. Ia harga yang agak berbaloi untuk anda bayar. Lagipun, boleh elak kesesakkan jalanraya di Jambatan Pulau Pinang.

 

Perjalanan yang memakan masa selama 15 ke 20 minit ni memang best pasal boleh layan laut, angin laut dan juga pemandangan pulau yang cantik. Sekali sekala bawak kereta naik Feri merupakan pengalaman yang korang tak akan jumpa di negeri lain di Malaysia.

 

 

Pengalaman Naik Feri Pulau Pinang

 

Pengalaman Naik Feri Pulau Pinang

 

Pengalaman Naik Feri Pulau Pinang

 

 

Pengalaman Naik Feri Pulau Pinang

 

Jika anda dari tanah besar, untuk menaiki Feri Pulau Pinang, anda perlu memandu ke lokasi Terminal Feri Sultan Abdul Halim. Untuk anda yang nak naik dari sebelah pulau, anda perlu ke Terminal Feri Raja Tun Uda. Kedua-dua lokasi ini mudah sahaja untuk anda cari. Lagi mudah untuk cari lokasi jeti feri Pulau Pinang ini dengan menggunakan Waze atau Google Maps.

MrJocko.com

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.