Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Naik Malindo Air KLIA ke Kota Kinabalu

Ini cerita Pengalaman Naik Malindo Air KLIA ke Kota Kinabalu buat kali pertama. Sebelum ini, tak pernah terbang guna Malindo Air sejauh perjalanan dari KLIA ke Kota Kinabalu. Rasa macam teruja. Nak juga rasa bagaimana terbang dengan Malindo Air sejauh penerbangan selama 3 jam.

Untuk menaiki penerbangan Malindo Air, MrJocko ke KLIA. Jangan salah destinasi, sebab Malindo Air beroperasi di KLIA.

Baca : Destinasi Menarik Pelancongan di Kota Kinabalu Sabah

Pengalaman Naik Malindo Air

Pengalaman Naik Malindo Air KLIA ke Kota Kinabalu

 

Apa yang menarik bila terbang dengan Malindo Air ialah bila mereka menyediakan bagasi Percuma tersedia seberat 30kg, makan dan minum serta pilihan tempat duduk. Kena pula dengan promosi menarik, harga untuk MrJocko terbang dari KLIA ke Kota Kinabalu cuma RM79 sahaja untuk sehala. Menarik bukan?

 

Pengalaman Naik Malindo Air KLIA ke Kota KinabaluPengalaman Naik Malindo Air KLIA ke Kota Kinabalu

Pengalaman Naik Malindo Air KLIA ke Kota Kinabalu
Pengalaman Naik Malindo Air

Pengalaman Naik Malindo Air KLIA ke Kota Kinabalu

 

Memandangkan perjalanan kami seawal jam 7.00 pagi, kami dihidangkan dengan menu sarapan pagi yang agak simple, tetapi menarik. Saya dapat rasa menu sosej bersalut roti, muffins dan juga jus oren. Alhamdulillah, sedap dan berbaloi.

Penerbangan juga memang ikut masa dan tidak ada sebarang masalah. Tempat duduk, ruang kaki dan juga susunan untuk departure juga agak teratur dan mudah. Agak selesa dan memang boleh cuba lagi untuk terbang bersama Malindo Air.

Cabin Crew untuk penerbangan Malindo Air ni rasanya tidak seramai penerbangan airlines lain, walaupun rasanya pesawat kami naik ini, sama saiz dengan pesawat biasa seperti AirAsia, MAS dan juga pesawat lain.

Apa yang boleh MrJocko katakan, sangat berbaloi terbang Malindo Air dengan pilihan harga yang murah. Tambah lagi dengan pakej sedia ada disediakan dengan bagasi, makan minum serta tempat duduk yang tersedia.

InsyaAllah,, lepas ni nak cuba pulak naik Malindo Air ke destinasi lain pulak. Ke mana? Tunggu… Jom sama-sama kita terbang dengan Malindo Air. Nak cari tiket murah, boleh cari di sini,,,

http://www.mrjocko.com/2013/07/promosi-10000-tempat-duduk-percuma.html

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.