Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Naik Taiwan High Speed Rail Dari Taipei Ke Taichung

Negara Taiwan tidak la besar mana kalau nak dibandingkan dengan negara lain yang berdekatan dengannya seperti Korea dan Jepun. Tapi, mereka punyai teknologi dan perkhidmatan keretapi laju yang agak menarik untuk pelancong cuba. MrJocko nak share pengalaman naik Taiwan High Speed Rail Dari Taipei Ke Taichung.

Sebenarnya, dengan kemudahan keretapi laju seperti ini di Taiwan, ia membolehkan pelancong dalam negara atau luar negara mudah untuk melawat tempat menarik di Taiwan dengan cara yang lebih mudah dan cepat.

Baca : Tempat Menarik Sun Moon Lake Taiwan Yang Cantik

 


Pengalaman Naik Taiwan High Speed Rail

taiwan high speed rail
 

MrJocko kali ini merasai pengalaman naik Taiwan Speed Rail dari Taipei Main Station ke Taichung Station untuk ke Sun Moon Lake. Kalau nak tahu, Sun Moon Lake ini antara tempat menarik di Taiwan.

Sebenarnya untuk beli tiket keretapi di Taiwan tidak la susah kerana setiap stesen ada sediakan terjemahan ke bahasa English. Ada banyak guide dan signage diletakkan dalam bahasa English.

Bahkan untuk mesin Tiket Automatik juga punyai pilihan untuk menggunakannya dalam bahasa English. Ada arahan dalam bahasa English dan juga arahan suara dalam bahasa English. Mudahkan? 

 

taipei high speed rail map

Taiwan High Speed Rail

 

Kalau di stesen seperti di Taipei Main Station dan Taichung Station, ada mesin Tiket Automatik. Mesin-mesin ini menerima pembayaran dalam bentuk Kad Kredit, Kad Debit terpilih dan juga wang tunai.

Nak beli tiket satu hala boleh, nak beli tiket untuk dua hala pergi dan balik juga boleh. Untuk seat yang dibeli, ada nombor tempat duduk disediakan. Kalau rasa nak lebih selesa, boleh beli tiket Taiwan High Speed Rail Business Class.

Tiket Taiwan High Speed Rail Business Class bermaksud tempat duduk yang lebih luas dan selesa. Ada ruang tempat duduk dua kanan dan dua sebelah kiri. Punyai tambahan complimentary minuman kopi atau teh. Sudah tentu harga tiket Taiwan High Speed Rail Business Class lebih mahal berbanding harga biasa.

 

Taiwan High Speed Rail Taiwan High Speed Rail Taiwan High Speed Rail review Taiwan High Speed Rail

 

Untuk tiket Taiwan High Speed Rail Biasa, harga dari taipei ke Taichung cuma TWD700 (RM100) seorang. Kalau nak duduk tempat Business Class, kena bayar TWD1125 (RM160). Tapi, secara peribadi, kalau dari Taipei ke Taichung dengan high speed rail ni, cukup la kalau beli tiket tempat duduk biasa.

 

Kalau memandu biasa dari Taipei ke Taichung, ia memakan masa sekitar 2 jam 30 minit. Kalau menaiki speed rail ini, ia hanya memakan masa sekitar 1 jam 30 minit. Perjalanan korang akan jimat selama 1 jam. Berbaloi jugak kan?

Sesetengah gerabak, kalau anda bernasib baik akan ada WiFi PERCUMA. Jadi, selama 1 jam 30 minit, boleh la layari internet jika perlu. Kalau tak gunakan WiFi, lihat saja pemandangan kiri dan kanan di sepanjang laluan keretapi laju Taiwan ini. Kalau ada musim padi yang menguning, ia memang sangat cantik.

Kalau nak dapatkan informasi lanjut tentang Taiwan High Speed Rail, boleh layari laman web rasmi mereka di sini https://www.thsrc.com.tw/en/Home

Baca www.mrjocko.com/tag/taiwan jika nak tahu destinasi menarik di Taiwan.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.