Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Nestle Drumstick Most Adventurous Challenge Sunway Lagoon

Hari Ahad minggu lepas, 6 Oktober 2013 MrJocko sertai rakan-rakan blogger dan peserta lain bersama-sama dengan Nestle Drumstick Most Adventurous Challenge bertempat di Blue Entrance, pintu masuk utama Sunway Lagoon. Pada hari tersebut Nestle Drumstick mengajak anda yang berani untuk menyertai Nestle Drumstick Most Adventurous Challenge ini.
Kenapa ia dipanggil Most Adventurous Challenge? Perserta dikehendaki untuk masuk ke dalam ‘khemah cabaran’ dan mengambil satu aiskrim Drumstick dan menempuhi cabaran yang disediakan di dalam ‘khemah cabaran’ tersebut. Untuk makluman, peserta tidak mengetahui apa yang akan berlaku di dalam khemah cabaran tersebut kerana di dalam khemah tersebut terlalu gelap.
Cabaran yang diberikan mudah sahaja. Dapatkan Aiskrim Drumstick dan keluar dari khemah tersebut dalam masa 5 saat. Amacam??? Mudah kan??? Yes, mudah sahaja, tetapi jangan lupa cabaran yang menanti anda di dalam khemah tersebut. Ada yang basah dijiruss air, ada yang basah terkena jelly dan tak kurang pula yang terkena tepung, hahaha!!!

Lihat sahaja 3 aksi yang ditunjukkan oleh Nisa Kay ni. Tengok gaya mula-mula memang konfiden giler. Bila start sahaja, terus meluru dan dapatkan aiskrim. dan dengan sepantas kilat tiba-tiba lihat dia dah terbang dan keluar dari khemah cabaran Nestle Drumstick Most Adventurous Challenge ini. Hebat, memang hebat Nisa Kay kerana beliau sempat selesaikan cabaran tersebut kurang dari 5 Saat… Yeay!!!!

Lihat la muka happy si Nisa Kay ni. Dengan kemenangan ni, setiap perserta yang berjaya siapkan cabaran dalam 5 saat akan berjaya dapatkan RM50 CASH dan juga Satu (1) Pass Masuk All Park ke Sunway Lagoon. Bagi yang berjaya siapkan cabaran tersebut lebih dari 5 saat, mereka dapat hadiah jugak, Satu (1) Pass Masuk All Park ke Sunway Lagoon. Menarik bukan…?

Antara blogger yang telah menyiapkan tugasan mereka pada hari tersebut termasuk Yuyu, Jae hashim, Rawlins, Cik Lily Putih dan ramai lagi. Happy la korang yer, dapat tiket dan duit cash RM50 :). Eh,,, mana gambar MrJocko untuk aktiviti ini ??? Ekekekeke,,, MrJocko lemah semangat la, tak boleh kena air, Fobia 🙂

Okay, bagi anda yang nak sertai Nestle Drumstick Most Adventurous Challenge ini, boleh segera layari Fanpage Nestle Drumstick Most Adventurous Challenge ini. Like Fanpage tersebut dan ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan. 
Maklumat lanjut anda boleh layari laman web Drumstick dan dapatkan maklumat camana nak sertai dan menang hadiah dan sertai Nestle Drumstick Most Adventurous Challenge. Banyak hadiah yang mungkin anda boleh menangi sehingga RM30,000. Cepat sertai Nestle Drumstick Most Adventurous Challenge hari ini.
Terima kasih Nestle dan Nuffnang kerana menjemput MrJocko.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.