Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Nhan Moddang Kayaking Pakej Harga THB200

Sebelum ini saya pernah kongsi tentang bilik unik di Nhan Moddang Resort. Kali ini, saya nak kongsi Pengalaman Nhan Moddang Kayaking Pakej Harga THB200 (MYR26) yang sangat berbaloi untuk anda cuba jika melancong ke Phatthalung, Amazing Thailand. Ia aktiviti wajib cuba kalau anda singgah di Phatthalung.

Lokasi resort ini memang tidak begitu popular dikalangan pelancong luar. Tetapi, ia menjadi destinasi ramai pelancong tempatan yang biasanya akan ke sini pada setiap hujung minggu. Malah, ia juga menjadi tempat popular untuk aktiviti syarikat mengadakan aktiviti Team Building, Hari Keluarga dan sebaginya.

Baca : Pengalaman Menginap di Nham Moddang Resort Phatthalung Thailand

 


Pengalaman Nhan Moddang Kayaking Pakej Harga THB200

Nhan Moddang Kayaking Pakej

Nhan Moddang Kayaking Pakej
 

Samada anda pandai berenang atau tidak, tidak menjadi masalah besar kalau nak sertai aktiviti berkayak di sini. Biasanya setiap kayak akan dikendalikan oleh seorang Staff yang akan berkayak untuk anda. Tugas anda, cuma duduk dan nikmati keindahan alam dan hayati kejernihan sungai yang menakjubkan ini.

Jauh perjalanan sekitar 3km. Ini adalah untuk Level Beginner dan air sungai yang tidak dalam dan tidak banyak arus. Musim [aling sesuai untuk rasakan kehebatan sungai ini sekitar Oktober hingga Januari.
 

Nhan Moddang Kayaking Pakej

Nhan Moddang Kayaking Pakej

Nhan Moddang Kayaking Pakej
 

Peserta dibawa menaiki 4X4 dari lobi resort hingga ke kawasan Ulu Sungai. Ia adalah lokasi sesuai untuk permulaan Kayak. Peserta akan bersama seorang pembantu akan mula turun ke sungai dan bersedia untuk meneroka keindahan sungai. Kemudian satu persatu kayak akan dibawa menyusur arus sungai dengan sesekali melalui curam yang berbatu tetapi tidak merbahaya. Memang syiok!

Kami yang diatas kayak hanya duduk dan nikmati perjalanan. Kiri dan kanan adalah hutan segar di Thailand dan kami menyusui sungai yang terbersih pernah kami jumpa.

Nhan Moddang Kayaking Pakej

Nhan Moddang Kayaking Pakej
 

Perjalanan selama 2 jam tidak terasa. Lekuk sungai yang berliku dengan kicauan burung memang membuatkan kami teruja dengan pengalaman kayak, antara yang terbaik di Selatan Thailand. Anda mesti cuba.

Layari Laman Facebook NhanModdang Resort

Berminat nak tahu lebih lanjut, boleh ke alamat Rural Road Phatthalung 3140, ป่าพะยอม Pa Phayom District, Phatthalung 93110, Thailand.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.