Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Penerbangan Malaysia Airlines Ke Delhi Airport

Tak sangka tahun 2024 beri peluang lebih awal untuk kami mengenali bumi India. Pakej kali ini, kami bawa 20 peserta dari Malaysia untuk kembari laluan Delhi – Kashmir – Agra – Delhi. Untuk pengalaman yang terbaik, kami susun jadual ini dengan Penerbangan Malaysia Airlines Ke Delhi Airport. Ia antara penerbangan terbaik yang ada untuk memastikan keselesaan pelancong dari Malaysia mengenali bumi filem terhebat dunia iaitu Bollywood dan Tollywood.

Untung-untung kami, mana tahu boleh lihat kelibat pelakon terkenal satu dunia, Shah Rukh Khan atau Kajol ketika berada di bumi India. Mana tahu kala dah rezeki kan? Walaupun negara India ini sangat luas, tidak mustahil kalau dah rezeki. Berangan tak salah, ia percuma.

Baca : Berapa Harga Visa Ke Negara India

Penerbangan Malaysia Airlines Ke Delhi Airport

Penerbangan Malaysia Airlines Ke Delhi Airport

Penerbangan Malaysia Airlines Ke Delhi

Penerbangan Malaysia Airlines Ke Delhi
 

Penerbangan Malaysia Airlines menuju ke Delhi berlepas sekitar jam 6.50 petang. Dengan tempoh penerbangan selama 5 jam 30 minit, kami dijangka sampai di New Delhi jam 9.50 malam waktu India.

Alhamdulillah, sebab terbang dengan Malaysia Airlines, keselesaan memang sudah pasti. Luggage maksima seberat 30kg, Hand Carry 7kg, dengan menu makanan Nasi Beriyani kami di sambut untuk makan malam di dalam pesawat. Tak rasa sangat gegaran air pocket atau turbulence. Skrin TV yang agak besar dengan pelbagai pilihan movie untuk tontonan penumpang.

Pada yang sudah biasa travel, setakat 5 jam 30 minit tak rasa sangat penatnya. InsyaAllah, tahulah mereka nak hilangkan lenguh di dalam penerbangan. Lagipun, kacang MAS memang boleh buatkan penumpang leka di dalam penerbangan. Sekejpa-sekejap minta dengan Cabin Crew, nak hilangkan bosan dalam penerbangan.
 

Penerbangan Malaysia Airlines Ke Delhi

Penerbangan Malaysia Airlines Ke Delhi

Penerbangan Malaysia Airlines Ke Delhi

Penerbangan Malaysia Airlines Ke Delhi

Penerbangan Malaysia Airlines Ke Delhi

Penerbangan Malaysia Airlines Ke Delhi

Penerbangan Malaysia Airlines Ke Delhi

Penerbangan Malaysia Airlines Ke Delhi
 

Jadual kami tepat dan sampai mengikut masa. Urusan Imigresen juga sangat senang. Tak sangka, Delhi Airport (Indira Gandhi International Airport) antara servis Imigresen yang sangat peramah dan terbaik. Jika anda cukup syarat, mereka sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong ke negara India.

Kami seramai 20 orang langsung tidak punyai masalah dengan urusan Imigresen dan Kastam di lapangan terbang antarabangsa ini. Jalan keluar juga sangat mudah dan tak jauh dari ruangan parkir kenderaan.

Hari pertama kami rehat dulu, terus ke hotel. InsyaAllah esok hari baru kami naik flight ke Srinagar. Apa ada di Srinagar? Tunggu…

Nota Kaki : Berminat dengan Pakej Halal Muslim ke Kashmir, Agra dan Delhi, boleh contact kami. Kami menawarkan Pakej Winter, Pakej Spring dan Pakej Autumn, meneroka bumi India bersama syarikat Trusted Travel Agent terpilih.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.