Pengalaman Penggambaran Travelogue Di Kangar Perlis
Teruja bila dapat ke Perlis Indera Kayangan. Sebenarnya sudah lama tak datang ke Kangar. Kali ini, MrJocko nak cerita Pengalaman Penggambaran Travelogue Di Kangar Perlis untuk program TV Nota Kembara Bersama MrJocko.
Ini merupakan hari pertama MrJocko buat penggambaran di bandar Kangar. Target kami, untuk mencari tempat-tempat menarik yang ada di Perlis untuk dikongsikan di dalam program TV Travelogue, ‘Nota Kembara Bersama MrJocko’
Pengalaman Penggambaran Travelogue Di Kangar Perlis
Hari pertama kami menginap di Homestay yang juga rumah kepada Shah, Assistant Director. Dua hari menginap kat sini, kami memang terasa bagaikan berada di rumah sendiri. Rumah kampung tetapi memang selesa dan dijaga sebaiknya oleh Nenek. Makan minum cara kampung tetapi memang menyelerakan.
Untuk episod di Perlis, MrJocko berkongsi pengalaman melawat tempat menarik di Perlis seperti Gua Kelam, Taman Ular & Reptilia serta Jeti Kuala Perlis yang menjadi nadi perhubungan pelancong untuk ke Langkawi melalui Kuala Perlis.
Untuk teaser, anda boleh baca di entry ini : –
http://www.mrjocko.com/2016/10/nota-kembara-bersama-mrjocko-teaser-1.html
Bila dah sampai Kangar, baru MrJocko tahu bahawa antara yang menarik di sini ialah menu masakan Laksa Kuala ‘Laksa Kola’. Antara yang popular ialah Laksa Kak Su di sekitar Jeti Kuala Perlis, kedai berdekatan dengan Maybank Kuala Perlis.
Jadi kalau anda yang nak menaiki Jeti Kuala Perlis, apa kata singgah makan Laksa Kak Su di Kuala Perlis dulu.
Di Perlis, kami berkongsi cerita dengan penonton tentang tempat menarik seperti Gua Kelam, pembuatan Capal Saad dan juga Batik Perlis yang mungkin ramai tak tahu kewujudannya. Untuk persembahan, kami persembahkan tarian Inang Batil, yang merupakan salah satu tarian yang terkenal di Perlis.
Pertama kali melihat pembuatan Capal dan juga pertama kali melihat persembahan Inang Batil yang memukau. Pengalaman baru ini memang sesuatu yang baru dan jarang MrJocko terokai bila kembara sendirian.
Untuk cerita dan video lengkap tentang perjalanan kembara MrJocko ini, anda boleh tonton program TV “Nota Kembara Bersama MrJocko” yang akan di siarkan di Saluran RTM1 bermula bulan Disember 2016 nanti.
Related Posts
-
Arghhh!!! aku stress
1 Comment | Apr 10, 2008 -
Semak Keputusan UPU – Kemasukkan Ke IPTA Bagi STPM/SetarafNo Comments | Jul 11, 2013
-
Public Mutual Pemenang Terbesar 10 Awards The Edge-LipperNo Comments | Feb 25, 2014
-
Ole2 dr Bandung1 Comment | Feb 20, 2010
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.