Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines

Akhirnya sekarang aku FREE sikit dan sudah bersedia nak share pasal trip NSC aku ke Tokyo, Japan. Trip kali ini di taja sepenuhnya oleh syarikat tempat aku berkerja, setelah tahun lepas berjaya achieved sales target tahun 2011. Best pasal dapat ke Tokyo, tetapi kureng sikit pasal Partner in Crime, Sohoque pergi Guang Zhou. Lagi sedih pasal anak buah aku masih lagi belum sampai target untuk join trip ini. Tak apa, next year ada lagi.
Kami berlepas dari KLIA jam 11.00 pm lebih kurang dan menaiki pesawat Japan Airlines. Pesawat yang mempunyai susunan tempat duduk 2-3-2 ini memang lain dari AirAsiaX yang aku naik masa ke Gold Coast dan Seoul, Korea Selatan.
Masa selepas perlepasan, kami mulanya diberikan towel basah untuk lap muka dan apa yang patut. Aku simpan towel ni untuk kegunaan emergency, mana tau lepas ni nak ke toilet, so boleh la pakai.
Mula-mula kami di hidangkan dengan makanan ringan. Ada kekacang dan juga pilihan air. Aku mintak Jus Epal. Sangat menyegarkan. 
Sambil tunggu makan malam di hidangkan, aku layan movie kat screen depan. Ada banyak pilihan, tetapi aku pilih Mission Impossible : Ghost Protocol. Memang layan beb, memandangkan flight makan masa lebih kurang 7 jam.

Ini rupa bentuk toilet atau Lavatory kat dalam Japan Airlines ( JAL ), nampak kemas, dan lebih kurang toilet MAS dan AirAsia jer. Yang bezanya, dia ada cawan untuk diisi air dan air di dalam tu boleh di minum. Percaya tak???

Ini pula makan malam aku kat dalam JAL. Nampak sedap, dan memang sedap. Mula-mula macam tak nak makan, nampak kureng jer, tapi, lapar punya pasal, aku makan jer. Sangat mengejutkan, pasal semua yang ada tu sedap. Burppp!!!
Selepas 7 jam, kami selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Narita.

MrJocko.com

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.