Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Road Trip Elak Kesesakan Musim Cuti Panjang

Cuti sekolah kini kembali, ramai yang pastinya sedang merancang untuk ‘travel’ menuju ke utara tanahair dari Lembah Klang atau ingin bercuti ke Kuala Lumpur dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang atau Perak. Untuk tips perjalanan yang mudah, saya cadangkan anda gunakan Lebuhraya West Cost Expressway untuk alami sendiri Pengalaman Road Trip Yang Menarik Sambil Elak Kesesakan Musim Cuti Panjang Perayaan yang bakal kunjung tiba. Ia adalah ‘highway’ baharu yang bakal merentasi pesisir Pantai Barat dari Banting hingga ke Taiping.

Lebuh raya yang lurus seperti anda seolah-olah berada di atas landasan kapal terbang dengan muka bumi yang landai, kini boleh diakses dengan mudah bermula dari persimpangan Bukit Raja ke Kapar/Meru dan berhubung terus dengan Jalan Persekutuan tanpa tol serta di Perak pula bermula dari Hutan Melintang sehinggalah ke Beruas.

Laluan ini adalah bagi pengguna yang datang dari arah selatan sementara pengguna dari arah Utara pula boleh memasuki lebuh raya ini dengan keluar ke susur Changkat Jering dari Lebuhraya Utara- Selatan seterusnya melalui Pekan Beruas sekiranya ingin ke arah selatan tanahair.

Baca : Cuti Cuti Negeri Perak

Pengalaman Road Trip Yang Menarik Sambil Elak Kesesakan Musim Cuti Panjang

 


Road Trip WCE Yang Menarik Sambil Elak Kesesakan Musim Cuti Panjang

Pengalaman Road Trip Lebuhraya WCE Yang Menarik
 

Saya akui, pengalaman kami sendiri memandu di lebuh raya ini adalah satu pengalaman yang sangat menarik. Bukan sahaja kerana lebuhraya yang baru, tetapi ia menawarkan jaringan ke banyak destinasi pelancongan menarik di Selangor dan juga Perak seperti Kelip-kelip Kampung Kuantan, Menara Condong Teluk Intan atau pun terus bercuti ke Pulau Pangkor sambil membeli-belah di pulau bebas cukai tersebut. Nak beli pelbagai coklat, kini anda tak perlu nak pergi ke Pulau Langkawi!

Seperti kami sekeluarga, anda juga boleh ke Bukit Melawati Kuala Selangor, lokasi menarik percutian keluarga dengan lebih mudah dan cepat. Untuk yang merancang bercuti ke Pulau Pangkor, Lumut atau Teluk Batik pula, laluan WCE highway ini adalah
antara laluan yang paling cepat, mudah dan semestinya lebih selamat dengan lorong yang luas berbanding dengan jalan lama.

Khas bagi ‘kaki makan’ menu popular tempatan, ada pelbagai juadah menarik yang boleh anda nikmati di sepanjang perjalanan. Antara lokasi yang viral ialah menu Cendol Durian Kuala Selangor, Sate Tanjung Karang, Mee Udang Galah Teluk Intan, Bubur Perak dan bermacam lagi yang pasti berbaloi untuk anda cuba.
 

Pengalaman Road Trip Lebuhraya WCE Yang Menarik

Pengalaman Road Trip Lebuhraya WCE Yang Menarik

Pengalaman Road Trip Lebuhraya WCE Yang Menarik
 

Bukan itu sahaja, anda bakal disajikan dengan pemandangan flora dan fauna menarik seperti Sawah Padi di Sekinchan, menyaksikan kerlipan Kelip-kelip Kampung Kuantan di Kuala Selangor, melihat keunikan seni bina rumah agam Kellie’s Castle di Perak, melihat penyu di Pusat Konservasi Penyu Segari, menerokai sejarah Gangga Negara di Muzium Beruas serta melawat Zoo bersama keluarga di Taiping.

Musim cuti sekolah dan musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang pada bulan Februari 2022 nanti, masa yang sangat sesuai jika ingin ke Utara menggunakan Lebuhraya WCE. InsyaAllah, anda mungkin akan lebih selesa dan tidak akan terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang luar biasa.
 

Pengalaman Road Trip Lebuhraya WCE Yang Menarik

Pengalaman Road Trip Lebuhraya WCE Yang Menarik

Setakat ini berdasarkan info semasa, lebuh raya sepanjang 233km ini telah pun siap sekitar 70% dan akan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2023 nanti. Sekiranya anda merancang perjalanan ke utara atau selatan untuk masa akan datang, anda boleh menggunakan beberapa laluan yang sudah dibuka seperti ke Hutan Melintang -Teluk Intan-Beruas, Bukit Raja-Kapar.
 

Pengalaman Road Trip Lebuhraya WCE Yang Menarik
 

Apa lagi, ambil peluang cuti-cuti nanti untuk rancang perjalanan yang lebih cepat dan mudah ke utara tanahair atau ke selatan tanahair dengan WCE highway.

Baca : Percutian kami sekeluarga di Lumut, Perak.

Untuk info anda semua, WCE Expressway Sdn. Bhd. (WCE), pemegang konsesi untuk lebuh raya ini adalah sebuah syarikat yang bertaraf ISO9001:2015 dan ISO14001:2015. Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Lebuhraya WCE boleh hubungi talian Infoline
1700816600.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.