Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Saksikan Borneo Arts Festival 2019

Festival ini antara festival yang ditunggu-tunggu di Labuan, ia antara acara kesenian yang ditunggu-tunggu oleh warga Labuan termasuk jugak Sabah, Sarawak dan juga rakan dari negara Brunei. Kali ini, saya sendiri berkesempatan dan nak kongsi Pengalaman Saksikan Borneo Arts Festival 2019 Labuan bermula 27 – 29 September 2019 di Ujana Kewangan Wilayah Persekutuan Labuan.

Saya sendiri melihat, betapa meriahnya bandar Labuan dan juga aktiviti berkaitan kesenian di sini. Sambutan dan sokongan kepada Borneo Arts Festival memang dikalangan anak-anak sehingga ke orang dewasa, malah ramai juga warga emas yang turut menyertai festival ini, lebih-lebih lagi dalam Pertandingan Mukun (Pertandingan Menyanyi Berbalas Pantun berbentuk battle).

Pengalaman Saksikan Borneo Arts Festival 2019 Labuan

borneo arts festival 2019 labuan 01 copy

borneo arts festival 2019 labuan 02
Pentas Borneo Arts Festival

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa, keistimewaan BAF 2019 bukan sahaja kepada seni lukisan sahaja, tetapi juga mempamerkan keunikan kebudayaan Borneo yang lain seperti seni kraftangan, makanan tradisional, muzik dan juga tarian kontemporari.

Seawal jam 9.00 pagi lagi, kawasan Ujana Kewangan sudah dipenuhi dengan peserta, penyokong dan pengunjung yang turut sama dalam kemeriahan ini.

Ruang legar di tingkat satu dipenuhi dengan jualan barangan kraf dari peniaga-peniaga Sabah, Sarawak, Brunei dan juga dari Indonesia. Ruang legar tingkat 2 pula dipenuhi dengan kaunter dan kiosk aktiviti seni kreatif moden termasuk jemputan dari negara Brunei, Filipina dan juga Thailand.

borneo arts festival 2019 labuan 03
Kraftangan

borneo arts festival 2019 labuan 04

borneo arts festival 2019 labuan 05
Lukisan Borneo Arts Festival
borneo arts festival 2019 labuan 06
Seni Kreatif

Di samping jualan barangan kraf, di dua pentas tambahan di Ujana Kewangan di adakan pertandingan Cosplay, Mukun, Rekaan Fesyen Tradisional Kreatif dan beberapa lagi aktiviti lain yang menarik minat ramai pengunjung di sini.

Sementara di pentas utama, turut diadakan Pertandigan Seni Persembahan Tarian Kreatif dan juga Pertandingan Tingkah Geruh yang begitu popular di sini. Sambutan kepada dua-dua pertandingan ini sangat-sangat menakjubkan.

Baca : Tempat Menarik di Labuan

Nota Kaki : Kamera dan Lensa untuk trip ini ditaja oleh Lens Library
 

borneo arts festival 2019 labuan 07

borneo arts festival 2019 labuan 08
borneo arts festival 2019 labuan 08

borneo arts festival 2019 labuan 09

borneo arts festival 2019 labuan 10

Pertama kali sertai Borneo Arts Festival, pertama kali mendengar nama seperti MUKUN, Tingkah Geruh, Ambuyai, Jelurut, Bintor dan banyak lagi. Ternyata, Borneo sendiri punyai keaslian dan keunikkan tersendiri, yang masih banyak boleh kita, orang Malaysia terokai dan alami sendiri.

Di maklumkan, Borneo Arts Festival 2019 berjaya mengumpul pengunjung melebihi 20,000 orang dengan Perbadanan Labuan telah memperuntukkan kira-kira RM100,000 untuk hadiah keseluruhan.

Festival ini dianjurkan oleh Perbadanan Labuan menjayakan BAF 2019 dan juga bantuan dari pelbagai pihak di Labuan. Pengunjung dikenakan bayaran tiket masuk sebanyak RM30 berserta baju-T BAF 2019 dan RM15 tanpa baju-T.

Satu program terbaik di Labuan setakat ini. InsyaAllah, boleh plan untuk ke Labuan dan sertai Borneo Arts Festival 2020 tahun hadapan. Kalau nak lebih menarik jom sertai sebagai peserta. Antara yang peling menarik, sertai Pertandingan Rekaan Fesyen Kustom Tradisional Kreatif Malaysia.

borneo arts festival 2019 labuan 11
Pertandingan Rekaan Fesyen Kostum Tradisional Kreatif Malaysia
borneo arts festival 2019 labuan 12
Pertandingan Rekaan Fesyen Kostum Tradisional Kreatif Malaysia
borneo arts festival 2019 labuan 13
Johan Pertandingan Rekaan Fesyen Kostum Tradisional Kreatif Malaysia
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.