Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Sertai Nivea Men Triple Shield Challenge 2015

Nivea Men produk inovasi penjagaan diri lelaki yang semakin terkenal di Malaysia melangkah setapak lagi dengan menganjurkan Nivea Men Triple Shield Challenge 2015 yang menawarkan hadiah yang bernilai keseluruhan RM80,000. Permainan Nivea Men Triple Shield Challenge 2015 ini boleh juga di mainkan secara online di aplikasi www.apps.facebook.com/tripleshield

 

Untuk penyertaan bagi permainan Nivea Men Triple Shield Challenge 2015 ini, pihak Nivea Men Malaysia telah menerima 217 borang penyertaan sepanjang kempen promosi dan jelajah bermulah 10 March 2015 sehingga 9 April 2015. Perlawanan Akhir telah berlangsung di Blue Concourse Sunway Pyramid pada 12 April 2015.

 

 

 

 

Nivea Men Triple Shield Challenge 2015
Nivea Men Triple Shield Challenge 2015

 

Bagaimana konsep permainan Nivea Men Triple Shield Challenge 2015 ini?

Permainan ini direka bukan hanya untuk keseronokkan tetapi ia mempunyai 3 elemen penting Triple Shield berkaitan dengan produk Nivea Men Malaysia. Permainan ini memerlukan 2 Pasukan yang mana setiap pasukan memerlukan 3 orang pemain. Setiap pemain mewakili Peluh, Bakteria dan Bau Badan. Pasukan lawan akan membaling bola khas (Bola Tenis) supaya mengenai pihak lawan satu lagi untuk menyingkirkan mereka. Bagi pasukan yang kena serang, mereka perlu bertahan dan berlindung dengan ‘shield’ yang disediakan sebagai tanda melindungi badan dari 3 musuh utama seperti Peluh, Bakteria dan Bau Badan.

 

Pasukan yang mempunyai ahli pasukan paling ramai akan diisytiharkan sebagai pemenang.

 

Nivea Men Triple Shield Challenge 2015
Nivea Men Triple Shield Challenge 2015

 

final Nivea Men Triple Shield Challenge 2015

 

Permainan Nivea Men Triple Shield Challenge 2015 ini diadakan dalam sangkar khas dan berjaring. Walaupun ruang di dalam tidak besar tetapi sebenarnya ia memenatkan. Game seperti ini sebenarnya memerlukan taktikal dan bukan hanya sekadar ketepatan melontar bola ke badan lawan kerana pihak lawan boleh menangkis bola tersebut dengan ‘shield’ yang disediakan.

 

Ia sebenarnya satu sukan yang baru dan agak menyeronokkan samada pemain, penyokong dan juga penonton lain.

 

Nivea Men Triple Shield Challenge 2015

 

Nivea Men Triple Shield Challenge 2015

 

Nivea Men Triple Shield Challenge 2015

 

Nivea Men Triple Shield Challenge 2015

MrJocko sendiri sempat join liga Nivea Men Triple Shield Challenge 2015 bagi kategori Media dan Bloggers. Untuk perlawanan ini MrJocko bersama Man Raja Lawak dan juga Micheal Yip bergabung dalam satu kumpulan yang di beri nama ‘3M’, bermaksud 3 M iaitu MrJocko, Man dan Mark.

 

Lawan kami kali ini, 4 kumpulan lain dan kami bermain secara Liga Kalah Mati. Kami 4 pasukan berlawan satu sama lain dan yang menang akan terus ke Pusingan Akhir bagi perlawanan Nivea Men Triple Shield Challenge 2015 bagi kategori Media dan Bloggers.

 

Nivea Men Triple Shield Challenge 2015

 

Nivea Men Triple Shield Challenge 2015

 

Nivea Men Triple Shield Challenge 2015

 

winner Nivea Men Triple Shield Challenge 2015

Cuba teka siapa yang menang bagi Kategori Media dan Blogger Nivea Men Triple Shield Challenge 2015?
Ya, kami kumpulan 3M berjaya menewaskan kumpulan lain dalam perlawanan Liga Kalah Mati dan berjaya membawa pulang hadiah Barangan Nivea Men bernilai RM300 dan Voucher Nike Bernilai RM100 setiap seorang. Yang lebih menarik, kami juga menang 2 Pass untuk Pakej Terbang bersama FAS Club Subang sebagai hadiah iringan.

Nivea Men Triple Shield Challenge 2015

 

Nivea Men Triple Shield Challenge 2015

Hadiah utama untuk Nivea Men Triple Shield Challenge 2015 membawa pulang Wang Tunai berjumlah RM10,000, hadiah Kedua RM5,000 dan Ketiga RM3,000 bersama Barangan Nivea Men bernilai RM500 setiap seorang. 

Walaupun hampir seharian MrJocko, media dan peserta berada di Sunway Pyramid ini untuk edisi Final Nivea Men Triple Shield Challenge 2015, ia adalah satu aktiviti sukan yang sangat berbaloi. Memang seronok bila dapat bermain permainan baru ini disamping sokongan yang terbaik dari pihak penaja Nivea Men Malaysia.  

InsyaAllah, kalau tahu depan ada peluang, boleh masuk kategori terbuka dan cabar untuk menang hadiah utama RM10,000.

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.