Pengalaman Snorkeling Di Koh Samui Pulau Cantik Di Thailand
|Kalau dah nama pulau, sekelilingnya ada lautan yang luas boleh diterokai oleh semua pelancong tak kiralah untuk aktiviti snorkeling atau selam skuba. MrJocko nak kongsi Pengalaman Snorkeling Di Koh Samui Pulau Cantik Di Thailand. Pengalaman berbeza dari snorkeling di destinasi yang pernah MrJocko cuba sebelum ini.
Untuk beginner seperti kami, pelancong yang bukan ‘hard core’ dalam aktiviti snorkeling dan selam skuba, beberapa lokasi snorkeling di Koh Samui ini memadai untuk dicuba. Bukan sahaja terletak di kawasan pantai yang landai, tetapi ia penuh lagi dengan batu karang dan hidupan laut seperti ikan yang berwarna warni.
Baca : Kampung Melayu Muslim Di Hatyai
Pengalaman Snorkeling Di Koh Samui
Untuk pakej snorkeling di sekitar Koh Samui, biasanya harga yang ditawarkan sekitar THB1000 ke THB1500 untuk pakej separuh hari termasuk tranport, bot, peralatan snorkeling dan juga ‘light refreshment’ sepanjang aktiviti. Kalau nak pakej bersama dengan makan tengahari pun boleh disediakan bergantung kepada pakej yang dipilih.
Ada banyak lokasi untuk snorkeling di Koh Samui. Tetapi, buat kali ini kami singgah di dua lokasi sahaja di sana untuk aktiviti snorkeling ringan.
Tempat yang kami tuju ialah sekitar persisir pantai Koh Mat Sum (Pulau Mat Sum) dan Koh Tean (Pulau Tean). Lokasi ini terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari Samui Airport Thailand. Untuk pelancong yang nak snorkeling, jangan risau kerana biasanya pakej yang ditawarkan adalah termasuk dengan transportation ke Jeti berkenaan.
Banyak juga ikan-ikan dan terumbu karang ada di sekitar Koh Mat Sum. Ia landai, kalau nak dikatakan, tidak terlalu bahaya untuk beginner seperti group kali ini. Ada lokasi lain, tetapi ia lebih dalam dan sesuai untuk aktiviti selam skuba.
Kalau snorkeling, jangan lupa bawa makanan ikan atau roti. Pasti korang akan rasa teruja melihat ribuan ikan-ikan datang di tapak tangan untuk makan makanan tersebut. Kalau bernasib baik, Ribuan ikan ini akan mengelilingi korang sehingga makanan habis.
Setakat ini pengalaman snorkeling di Mantanani Island Sabah antara yan terbaik http://www.mrjocko.com/2014/09/snorkeling-di-mantanani-island-sabah.html
Walaupun ia bukan pengalaman terbaik snorkeling kerana terumbu karang di sini tidak ‘hidup’ seperti lokasi lain, tetapi berbaloi dengan pakej yang ditawarkan. Sebaiknya bergerak dari hotel sebelah pagi dan boleh habiskan aktiviti ini dengan waktu makan tengahari.
Nak mudah ke Koh Samui, boleh terbang ke sini dengan penerbangan Bangkok Airways www.bangkokairways.com.
Mas,, u beli tiket pakej snorkelling tu kat mana?kaunter yang kite boleh survey
Beli di Koh Smaui lagi mudah. Banyak pilihan…