Site icon Travel Blogger Malaysia

Pengalaman Tengok Kelip-Kelip Kampung Kuantan Di Kuala Selangor

Banyak lagi yang menarik di Kuala Selangor. Ramai yang dah tahu, tetapi belum berkesempatan. Antara tempat menarik di Kuala Selangor ialah sungai Selangor, lokasi untuk lihat Kelip-Kelip. Ini cerita Pengalaman Tengok Kelip-Kelip Kampung Kuantan Di Kuala Selangor.

Jarak dari Bukit Malawati ke lokasi Kelip-Kelip Kampung Kuantan hanya sekitar 8 km sahaja dan boleh diakses dengan kenderaan dengan selesa. Di sana ada di sediakan jeti dan binaan yang selesa untuk pengunjung alami pengalaman melihat Kelip-Kelip di waktu malam.

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Selangor

Kelip-Kelip Kampung Kuantan Di Kuala Selangor
 

Kelip Kelip Kampung Kuantan Di Kuala Selangor 01
 

Untuk informasi pembaca, kawasan Kampung Kuantan di Kuala Selangor ini ada banyak pokok Berembang, pokok yang menjadi habitat bagi Kelip-kelip di sini. Kalau nak tahu. Kelip-kelip antara binatang unik yang ada di Malaysia. Mengikut kajian, ada antara 1,900 hingga 2,000 spesis Kelip-Kelip di dunia, dan di Kuala Selangor ada 3 spesis yang ditemui.

Kelip-kelip di Kampung Kuantan ini masih lagi didapati kerana masih ada lagi pokok dan habitat mereka yang dipelihara. Antara yang menjadi pilihan kerana di kawasan ini ada siput yang menjadi antara makanan mereka.
 

Tiket Naik Sampan Kelip Kelip Kampung Kuantan

Jeti Kampung Kuantan


 

Kalau korang memandu ke sini, ada ruang parkir percuma di sediakan. Ada kemudahan surau, restoran, tandas dan juga dewan kecil untuk aktiviti berkumpulan.

Masuk ke sini untuk Tengok Kelip-Kelip Kampung Kuantan adalah PERCUMA. tetapi jika ingin naik sampan dan melihat dengan dekat Kelip-Kelip Kampung Kuantan ini, bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan bagi satu bot kecil yang mampu memuatkan 4 dewasa.

Mereka yang berkerja sebagai pendayung sampan di sini adalah pendayung professional dan mereka pakar dalam kerja mereka. Jangan risau, kalau ikut peraturan, anda akan selamat di bawah jagaan mereka, ketika di dalam sampan.
 


 

Selama hampir 30 minit korang akan dibawa menyusuri Sungai Selangor dan korang akan dapat melihat sendiri dengan lebih dekat betapa cantiknya lampu-lampu kerlipan dari Kelip-Kelip Kampung Kuantan Di Kuala Selangor.

Lampun yang menyala, seakan seiring dan sekata. bagaimana mereka serasikan lampu kerlipan itu, kena baca lebih lanjut dalam internet. Yang pasti, kami sendiri teruja melihat lampu kerlipan Kelip-kelip ini.

Kalau nak ambil gambar, boleh, tetapi tidak dibenarkan mengambil dengan ‘flash’. Jadi, kalau betul nak gambar kelip-kelip yang cantik, kena la pakai kamera mahal dan pandai setting kamera.

Untuk hebahan aktiviti lain yang menarik di sekitar Kelip Kelip Kampung Kuanta, boleh layari laman web Majlis Daerah Kuala Selangor di sini http://www.mdks.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/kelip-kelip-kg-kuantan

Exit mobile version