Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Tengok Kes Gadis Kena Rasuk

Ni MrJocko nak share sedikit pengalaman sendiri melihat Kes Anak gadis Di Rasuk Hantu.

Baru baru ini ada kenyataan :

‘Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menarik perhatian anggota persidangan Dewan Rakyat apabila mendakwa kaum wanita lebih cenderung menggunakan khidmat bomoh sehingga ada yang terpedaya kerana terlalu mempercayai ‘doktor moden’ itu.’

 

 

Aku rasa benda ni ada benarnya. Selalunya bila aku dengar kes bomoh, santau, sampuk dan macam-macam kes Bomoh ni, banyak antaranya dibuat oleh oleh Perempuan. Yang kena, pun banyak orang perempuan.

Seperti semalam, masa aku singgah solat Zuhur di sebuah Masjid di kawasan Sungai Besi, ada seorang student, (agaknya la), keadaan masa tu seperti dia di rasuk. Tak pasti samada di rasuk hantu atau di santau. Yang pasti aku dengar suara ‘aku banyak dosa, aku tak nak buat lagi’ yang aku agak, suara orang yang ‘menghantar’ makhluk halus itu.

Aku sendiri tengok adik tu membebel, meraung dan menangis tak henti-henti. Paling kuat bila Pengamal Perubatan Tradisional yang merawat adik tersebut, meletakkan dia di bawah kubah Masjid. Meronta dan meraung sekuatnya akibat mungkin tersiksa.

Sangat tragis, tak sanggup aku nak tengok. Aku tunggu dan lihat sekejap sahaja, lepas tu aku blah…

Pada yang suka main bomoh, santau orang lain, bertaubat lah. Dosa besar tu beb, aniaya orang tak tentu pasal.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.