Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Terbang AirAsia KLIA2 Hatyai Thailand

Bukan kali pertama saya ke Hatyai, tetapi sebelum ni saya terbang dengan penerbangan Thai Airways atau Bangkok Airways. Kali ini, berbeza sebab nak cerita Pengalaman Terbang AirAsia KLIA2 Hatyai Thailand. Kalau nak tahu harga tiket biasa Airsia ke Hatyai kalau bukan Peak Season, harga satu hala dari KLIA2 – Hatyai hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja.

Kalau anda yang tinggal sekitar Kedah, Perlis atau Kelantan, mungkin boleh ambil inisiatif memandu masuk ke negara Thailand dengan kenderaan sendiri. Ia lebih mudah dan lebih murah. Kalau pergi berlima, satu kereta biasanya akan lebih jimat.

Baca : Tempat Pelancongan Menarik di Hatyai Thailand

Pengalaman Terbang AirAsia KLIA2 Hatyai Thailand

AirAsia KLIA2 Hatyai Thailand
 

Untuk informasi, penerbangan dari KLIA2 menuju ke Hatyai dengan penerbangan AirAsia hanya mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit sahaja.

Memandangkan kali in, musim wabak Coronavirus (Covid19) ruang perpelasan di Lapangan Terbang KLIA2 agak lengang berbanding biasa. Laluan untuk ke Imigresen dan Kastam juga sangat cepat berbanding waktu biasa.
 

AirAsia KLIA2 Hatyai Thailand

AirAsia KLIA2 Hatyai Thailand

AirAsia KLIA2 Hatyai Thailand
 

Rasanya, hampir 90% tempat duduk adalah penuh dan tak nampak sangat ketara seat yang kosong. Penerbangan pun mudah dan tak banyak tempuh turbulence atau air pocket. Setakat tempuh awan tebal sekali sekala tu memang biasa.

Lagipun, sambil layan pemandangan awan kiri dan kanan, dapat juga merasa Nasi Lemak Pak Nasser yang viral di setiap penerbangan AirAsia.
 

AirAsia KLIA2 Hatyai Thailand
Lapangan Terbang Hatyai Thailand
AirAsia KLIA2 Hatyai Thailand
Gambar King Thailand Maha Vajiralongkorn

AirAsia KLIA2 Hatyai Thailand
 

Tepat jam 3.15 petang waktu Thailand, kami selamat mendarat dengan selamat. Sekitar 25 minit kemudian, urusan imigresen dan kastam selesai. Memang sangat mudah trip kali ini, mungkin kerana tidak banyak penerbangan yang ada pada masa tersebut.

Destinasi kami, terus menuju ke Satun, Thailand. Nanti hari terakhir di sini kami singgah semalam di Hatyai.

Untuk anda yang nak tahu apa yang menarik di Hatyai, Teempat pelancongan paling popular di hatyai serta destinasi makanan Halal di Hatyai, boleh la layari laman web dari Tourism Thailand Hatyai.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.