Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Terbang Bersama Fireflyz Subang Ke Medan

Pertama kali ke Medan, dan pertama kali menaiki pesawat Fireflyz, pesawat jenis ATR 72-500 terbang merentasi Selat Melaka. Trip kali ini, Fireflyz Subang ke Medan adalah jemputan khusus dari pihak Fireflyz dan juga Dinas Pariwisata Sumatra Utara, sebagai mengalu-alukan media ke Media Trip Medan untuk mempromosikan Sumatra Utara, khususnya Medan dan Danau Toba sebagai pusat pelancongan utama di sana.

Kalau dulu, mulanya memang nampak seperti agak takut untuk naik pesawat Fireflyz, kerana ia agak kecil dan kipas terbuka, tetapi sebenarnya MrJocko salah tanggapan. Ternyata terbang bersama pesawat Fireflyz dari Subang menuju ke Medan, Indonesia merupakan pengalaman yang menarik untuk di cuba.

Baca : Tempat-Tempat Menarik di Medan Indonesia

 


Pengalaman Terbang Bersama Fireflyz Subang Ke Medan

Pengalaman Fireflyz Subang Ke Medan

Memang betul pesawat ATR 72-500 Fireflyz ini lebih kecil berbanding pesawat penerbangan lain, tetapi untuk perjalanan sekitar Satu Jam ke Medan, ia tidak berikan masalah langsung. 

Sepanjang perjalanan, dari bermulanya masa untuk take-off (terbang), ketika di udara, dan juga ketika mendarat, semunya memang lancar. Bahkan pendaratan kami di Medan ketika pergi dan balik ke Subang, antara pendaratan yang paling selesa pernah MrJocko alami.

Pengalaman Terbang ke Medan bersama Fireflyz fireflyz-ke-medan-indonesia-03 fireflyz-ke-medan-indonesia-04 fireflyz-ke-medan-indonesia-05

Ruang kaki dalam pesawat Fireflyz ternyata lebih luas dari pesawat biasa dan masih ada ruang untuk anda tidur, jika mengantuk ketika terbang.

Untuk perjalanan selama satu jam ini, kami dihidangkan dengan Kekacang dan Kek serta air sebagai hidangan ringan di atas penerbangan Fireflyz secara PERCUMA.

Yang pelik mungkin, anda perlu menaiki pesawat melalui pintu di belakang. Ini kerana sememangnya pesawat Fireflyz tidak mempunyai pintu hadapan. 

Untuk yang mungkin ingin membaca, terdapat majalah Fireflyz di dalam kabin dan ia adalah majalah rasmi penerbangan Fireflyz.

Mungkin anda belum pernah cuba terbang bersama Fireflyz? Jika ya, apa kata rancang percutian anda untuk masa akan datang bersama Fireflyz. Mungkin boleh merancang untuk ke Medan, Kota Bharu, Phuket, Koh Samui dan beberapa lagi destinasi percutian lain yang menarik.

Ramai mungkin tidak perasan, syarikat Fireflyz pun sebenarnya menawarkan harga tambang penerbangan yang agak murah. Untuk promosi tambang tiket Fireflyz Subang Ke Medan juga ada beberapa peluang untuk anda beli tiket dengan harga jauh lebih murah daripada syarikat lain.

Lawati laman web rasmi FireFlyz di www.firefly.com.my untuk tempahan anda.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.