Pengalaman Terbang Bersama Thai Airways Dari Suvarnabhumi Ke KLIA
|Sebelum ini, MrJocko selalu terbang ke Thailand, khususnya Bangkok dengan menggunakan penerbangan AirAsia. Tetapi kali ini, berbeza sedikit. MrJocko terbang dengan penerbangan rasmi negara Thailand yang dikenali sebagai Thai Airways. Ini cerita Pengalaman Terbang Bersama Thai Airways Dari Suvarnabhumi Ke KLIA.
Bukan selalu dapat terbang ke Bangkok dengan penerbangan rasmi negara Thailand. Kalau kebiasaannya, dari Malaysia, ramai akan memilih menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) atau AirAsia. Kali ni, apa kata korang cuba rasai pengalaman baru dengan Thai Airways.
Pengalaman Terbang Bersama Thai Airways Dari Suvarnabhumi Ke KLIA
Sebelum ini MrJocko pernah merasai pengalaman terbang menggunakan pesawat Thai Airways Boeing 777 dari Bangkok ke Chiang Mai. Walaupun ia cuma sekitar satu jam penerbangan, tetapi ia antara pengalaman terbaik kerana dapat rasa naik flight yang besar dan berbeza dari Boeing 737 yang biasa.
Pilihan destinasi dengan Thai Airways memang banyak. Bukan setakat Asia, mereka juga trurut menawarkan banyak destinasi antarabangsa lain termasuk ke Eropah, Amerika Latin dan Timur Tengah.
Sudah pasti, hub untuk destinasi mereka berpusat di Bangkok. Maksudnya kalau korang terbang dengan Thai Airways dari KLIA ke Eropah, kena transit dulu di Bangkok.
%nbsp;
Untuk menu halal dalam penerbangan (inflight menu), dah banyak kali MrJocko kongsi, dalam penerbangan antarabangsa, Thai Airways turut menyediakan menu makanan halal. Jangan risau, ada banyak menu yang korang boleh pilih, termasuk Nasi Beriyani. Namun, kena la buat tempahan awal supaya memudahkan mereka untuk menyediakan menu yang sedap ini.
Untuk korang yang tak sempat untuk membuat tempahan menu makanan halal dalam penerbangan Thai Airways ini, jangan risau, minta sahaja menu Halal lebih awal dari Pramugara dan Pramugari bertugas. Jika tidak ada, pilihan terakhir ialah menu Vegetarian.
Kalau nak tahu, dengan penerbangan Thai Airways, makan dan hiburan TV Radio dalam pesawat adalah PERCUMA. Kalau perjalanan jauh, jangan risau, korang tidak akan bosan.
Baca : MrJocko dan Pengalaman Terbang dengan Thai Airways
Untuk maklumat lanjut tentang destinasi penerbangan, promosi tambang tiket murah Thai Airways dan juga tempahan boleh layari terus laman web rasmi mereka di Thai Aiways.
Sebagai informasi tambahan, Thai Airways telah memenangi 3 lagi Skytrax Awards 2018 yang mana ia memberikan added value yang berkualiti kepada syarikat penerbangan ini serti kualiti kerja kru mereka.
Hi mr jocko, nak tanya.untuk tempahan menu tu,lepas beli tiket & kita call ke? Tq
boleh call