Pengalaman Terbang Dengan All Nippon Airways Jepun
|Media Trip Osaka dan Fukuoka 2014 tamat selepas hari ketiga dan tiba masa untuk kami pulang. Kalau masa mula-mula sampai, kami dibawa merasai pengalaman menaiki Shinkansen dari stesen Shin Osaka menuju ke Hakata, Fukuoka. Waktu pulang ke Malaysia, kami merasai pengalaman menaiki penerbangan domestik dari Fukuoka Airport (nama lama Itazuke Air Base Fukuoka) menuju ke Osaka dengan All Nippon Airways.
Baca : Tempat Menarik di Tokyo Osaka Sapporo Jepun
Pengalaman Terbang Dengan All Nippon Airways Jepun
Pengalaman Terbang Dengan All Nippon Airways Jepun atau singkatannya ANA satu pengalaman baru. Penerbangan domestik dari Fukuoka ke Osaka umpama penerbangan Kuala Lumpur Menuju Kuching, merentas laut. Yang membezakan cuma penerbangan dari Fukuoka ke Osaka hanya memakan masa satu (1) jam dan ia terbang rendah dari penerbangan biasa.
Fukuoka Airport atau Itazuke Air Base
Fukuoka Tower, Menara Pantai Tertinggi Di Fukuoka
Datuk Bandar Ipoh Rasmi Festival Fukuoka 2014
Pesawat B737-700 All Nippon Airways Jepun |
Di Jepun memang selalu berlakunya ribut taufan dan angin kencang. Penerbangan dengan pesawat ANA ini memang agak scary, sebab ada beberapa kali bergegar dan juga rempuhan awan yang agak kasar. Erm,,, laju jantung MrJocko berdegup, serius memang gerun.
Namun, sepanjang perjalanan selepas itu memang menakjubkan. Pemandangan negara Jepun dari Fukuoka memang menarik. Boleh lihat secara jelas bukit bukat Jepun tak tiada pokok kayu yang tinggi seperti Malaysia, serta petak sawah padi Jepun yang cantik dari atas pesawat sepanjang perjalanan. Sebab itu Jepun kaya dengan kualiti beras dan nasi yang bagus.
Menaiki pesawat ANA All Nippon Airways umpama menaiki pesawat AirAsia, cuma bezanya mereka hidangkan air minuman Jus Epal percuma sebagai penghilang dahaga. Yang lain hampir sama. Yang lebih ketika pesawat ANA ini ialah ada TV dan disiarkan rancangan untuk hiburan sementara penumpang sebelum mendarat di lokasi yang dituju.
Dengan pengalaman menaiki pesawat ANA ini, rasanya ini lah yang selalu rakyat Jepun hadapi bila menaiki pesawat domestik, gegaran angin dalam pesawat kerana awan dan jugak angin kuat. Rasa gerun masih belum hilang, terasa macam jantung di sentap masa tu.
Apapun secara keseluruhan terbang di awan negara Jepun memang menarik. Pemandangan dari atas memang cantik dan sukar digambarkan. Jika anda ada peluang terbang menggunakan pesawat domestik Jepun, anda mesti cuba
Terima kasih buat Fukuoka City Government dan Tourism Malaysia atas jemputan ke Asian Pacific Festival Fukuoka 2014.