Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Winter Trip Tokyo 2020 Melalui Narita Airport

Sebelum ini pernah terbang ke Jepun dan mendarat di Narita Airport. Kali pertama dengan Japan Airlines, kemudian dengan Japan Airlines tetapi kami ke Chiba dan kali ketiga Transit untuk ke Sapporo. Ini kisah Pengalaman Winter Trip Tokyo 2020 Melalui Narita Airport pakej sendiri, tanpa pasukan Media Trip.

Sebelum ini, ramai yang takut nak terbang ke Narita Airport sebab ia terletak sangat jauh dari bandaraya Tokyo. Tapi jangan risau, sebab kalau dari narita Airport, ada 5 pilihan yang boleh anda ke Tokyo.

1. Paling senang naik Teksi Airport ke Tokyo, kos sekitar JPY20000 (MYR700) sehala.
2. Naik Keretapi Airport Transfer (Skyliner) terus ke UENO Station, kos JPY2500 (MYR95)
3. Naik Keretapi Biasa (Keisei Line) ke UENO Station, Kos JPY1200 (MYR45)
4. Naik Bus Transfer ke Tokyo, Kos JPY1000 (MYR40)
5. Naik UBER ke Tokyo, kos JPY27000 (MYR1000)

Baca : Kos Travel Bajet ke Tokyo



Winter Trip Tokyo 2020 Melalui Narita Airport

Pengalaman-Winter-Trip-Tokyo-2020-Melalui-Narita-Airport-01

Pengalaman-Winter-Trip-Tokyo-2020-Melalui-Narita-Airport-02

Pengalaman-Winter-Trip-Tokyo-2020-Melalui-Narita-Airport-03
 

Baca : Pengalaman di Narita Airport

Untuk informasi, ada beberapa kawasan di Narita Airport masih lagi dalam proses penambahbaikan. Tambah-tambah lagi dibahagian Imigresen sebelum ke ruang dropped bag, kawasan ini agak sempit dan perlu beratur. Walaupun mereka menggunakan sistem untuk Thumb Print dan juga Kaunter Manual, ia masih lagi memperlahankan pergerakkan kerana kawasan yang agak sempit.

Sebaiknya, kalau nak sampai ke Kaunter Imigresen, lengkapkan dokumen imigresen dahulu sebelum nak masuk ke laluan beratur.

Oh jangan risau, kalau sampai di sini, boleh guna WiFi Airport PERCUMA. Tetapi ia terhad. Sebab itu, paling mudah, sewa sahaja Pakej WiFi Unlimited dari Travel Recommend di Malaysia. Murah dan Laju!!!
 

Winter-Trip-Tokyo-2020-Melalui-Narita-Airport-04
Pesawat AirAsiaX KLIA2 – Narita Airport

Pengalaman-Winter-Trip-Tokyo-2020-Melalui-Narita-Airport-05

Winter-Trip-Tokyo-2020-Melalui-Narita-Airport-06
Arrival Hall Narita Airport, Japan

 

Sebab kami nak jimat, kami ambik keretapi biasa, Keisei Line menuju ke UENO Station. Kena tukar 2 stesen, tetapi tak apa masih lagi senang sebang kaki lima pejalan kaki di Jepun memang sangat memudahkan dan friendly. Walaupun setiap dari kami bawa satu beg trolley, senang saja nak pergi ke mana-mana. Malah, kami stop kejap di Ameyokocho Shopping Street untuk singgah lunch dan shopping sebelum ke Hotel kami di Asakusa menggunakan Ginza Line.

Kos cuma JPY1200 untuk seorang dan Alhamdulillah, selepas kira-kira 1 jam 30 minit, kami sampai di UENO Station. Kalau dah samapai sini, kira dah setel satu bahagian…

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.