Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengambilan Jawatan Konstabel Sukarelawan Simpanan PDRM

FASA KE-2 PENGAMBILAN JAWATAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN PDRM PADA 10 & 11 NOVEMBER 2012

1. Jawatan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis Lelaki /Wanita Rujukan: KPN 140/3.
2. Elaun Penugasan – RM 6.00 Sejam.
3. Syarat Skim Perkhidmatan
3.1. Warganegara Malaysia.
3.2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.
3.3. Kelayakan:
3.3.1 Lulus SRP/PMR.
3.3.2 Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
3.3.3 Bersih daripada sebarang tapisan rekod keselamatan.
3.3.4 Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
3.3.5 Pengawal Keselamatan/Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/Badan Berkanun tidak layak memohon.
3.3.6 Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan/Sijil Kelahiran, Sijil Akademik, Sijil Berhenti Sekolah/Tamat Sekolah dan kad pengenalan ibubapa/Sijil Warganegara ibubapa.

3.3.7 Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/peraturan/kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

4. KELAYAKAN FIZIKAL

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

4.1 Tinggi sekurang-kurangnya Lelaki :162 cm, Wanita : 152 cm
4.2 Berat badan sekurang-kurangnya Lelaki : 50 kg, Wanita : 48 kg
4.3 Ukuran dada 81 cm biasa, ukuran dada 86 cm tarik nafas (Lelaki sahaja);
4.4 Mempunyai penglihatan yang baik;
4.5 Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;
4.6 Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Semua calon dinasihatkan berpakaian kemas untuk menghadiri temuduga dan sila bawa bersama pakaian sukan ‘track suit’ t-shirt berkolar untuk menjalani ujian fizikal.

5. CARA MEMOHON

Eksesais pengambilan akan dijalankan pada 10 DAN 11 NOVEMBER 2012 di lokasi-lokasi yang seperti berikut:

Senarai Pusat-pusat temuduga terbuka adalah seperti berikut:-

1. KONTINJEN KUALA LUMPUR (03-2146 0522)
– IPK Kuala Lumpur

2. KONTINJEN SELANGOR (03-5514 5222)
– IPK Selangor

3. KONTINJEN JOHOR (07-225 4422)
– IPK Johor

4. KONTINJEN PULAU PINANG (04-222 1522)
– IPD Timur Laut

5. KONTINJEN KEDAH (04-774 1222)
– Sekolah Latihan Polis Anak Bukit, Alor Star

6. KONTINJEN PERAK (05-2451222)
– Kompleks Latihan Pasir Putih, Ipoh

7. KONTINJEN PAHANG (09-590 2222)
– IPD Kuantan
– IPD Temerloh
– IPD Cameron Highlands

8. KONTINJEN NEGERI SEMBILAN (06-768 2222)
– IPD Seremban

9. KONTINJEN TERENGGANU (09-635 4722)
– IPK Terengganu
– IPD Kemaman

10. KONTINJEN KELANTAN (09-7455622)
– IPD Machang

PERHATIAN:
– Pengambilan Konstabel Sukarelawan Simpanan PDRM di KONTINJEN KELANTAN adalah pada 17 dan 18 OKTOBER 2012.
– Tarikh bagi pengambilan Konstabel Sukarelawan Simpanan PDRM di KONTINJEN MELAKA akan dimaklumkan kemudian.
* Sebarang kemusykilan, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Kontinjen di talian yang tertera di atas.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.