Pengangkutan Dari Kansai Airport Ke Osaka Station Jepun
|Antara yang merisaukan ramai pengembara baru ialah bagaimana cara paling murah untuk bergerak dari Kansai Airport menuju ke pusat bandar Osaka. Jangan risau, jika anda terbang menggunakan AirAsia menuju ke Kansai Airport, mudah sahaja nak guna Pengangkutan Dari Kansai Airport Ke Osaka Station Jepun.
Bersebelahan dengan Kansai Airport ada satu stesen keretapi yang besar. Ada dua line utama di sini samada anda ambil JR Line (Biru) atau Nankai Airport Line (Merah). JR Line ni anda boleh pilih untuk naik Haruka Airport atau Kansai Airport Line biasa.
Baca : Tempat Menarik Di Kansai Osaka Jepun
Pengangkutan Dari Kansai Airport Ke Osaka Station
Sebab MrJocko dan Wife tak la nak cepat, kami ambil JR Line, Kansai Airport biasa dengan harga 1,880 Yen/seorang (RM72) untuk ke Kyoto Station. Kami naik dan stop di Osaka Station dulu sebelum tukar train menuju ke Kyoto.
Ruang dalam keretapi biasa ini juga tidak la padat. Agak selesa, cuma ia tidak selaju JR Limited Express Haruka atau Nankai Rap:t. Ini antara pilihan pengankutan paling murah dan mudah jika dari Kansai Airport menuju ke Osaka atau Kyoto.
Pilihan lain jika anda nak ke Osaka, anda boleh pilih untuk menaiki bas. Ada Airport Limousine Bus untuk anda cuba dengan harga sekitar 1,500 Yen (RM58) menuju ke bandar Osaka. Kalau anda rasa nak lebih selesa dan ada lebih wang, boleh cuba naik Teksi Jepun. Tambang dari Kansai Airport ke Osaka adalah sekitar 15,000 Yen (RM580).
Kalau anda nak terus menuju ke bandar Kobe, sebaiknya anda ambil Ferry. Ada kemudahan feri dari Kansai Airport menuju ke Kobe Airport dengan hanya tambang sekitar 1,850 Yen (RM71).