Pengeluaran Khas KWSP RM10000 Kena Bayar Zakat Atau Tidak?
|Alhamdlillah, hari ini ramai yang tersenyum lebar. Hampir pasti lebih 5.3 juta rakyat Malaysia akan menyambut kedatangan Syawal 1443 Hijriah atau Aidilfitri 2022 dengan lebih meriah kerana ramai yang telah menerima kelulusan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM10,000. Namun, ada yang masib bertanya, bagi Pengeluaran Khas KWSP RM10000 Kena Bayar Zakat Atau Tidak?
Kami telah mendapatkan info ringkas dari pihak Pusat Pungutan Zakat dan berjaya mendapatkan jawapan yang sangat jelas, dikongsikan oleh Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, Pengurus Kanan Unit Syariah & Antarabangsa PPZ MAIWP.
Baca : Tarikh Pembayaran Pengelaran Khas KWSP
Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Kena Bayar Zakat Atau Tidak?
Dengar sendiri penerangan beliau di pautan ini:
https://www.facebook.com/rosmadishakri/posts/10227659259323244
Menurut apa yang kami faham :
1. Sekiranya pengeluaran wang KWSP berkenaan adalah bertujuan untuk meneruskan kelangsungan hidup, terkesan dengan bebanan desakan ekonomi, maka pengeluaran sebegini TIDAK DIKENAKAN ZAKAT.
2. Sekiranya pengeluaran wang KWSP, semata-mata ia dibenarkan, bukan bertujuan terkesan dengan bebanan ekonomi, maka pengeluaran sebegini WAJIB DIKENAKAN ZAKAT sebanyak 2.5%.
Oleh yang demikian, anda sendiri boleh menilai duit yang anda akan terima itu betul-betul mendesak atau hanya sekadar memenuhi syarat kebenaran pengeluaran. Jika anda rasa ia untuk kelangsungan hidup, tidak wajib bayar zakat.
Namun, jika anda mengeluarkan duit tersebut bukan untuk bebanan hidup, seharusnya anda mengambil inisiatif untuk membayar zakat dari jumlah yang dikeluarkan.
Sebagai contoh, kalau anda mengeluarkan RM10,000, maka nilai zakat yang anda harus bayar adalah sebanyak RM10,000 x 2.5% = RM250.
Zakat boleh dibayar kepada 8 Asnaf, termask senarai, Faqir, Miskin, Amil, Mallaf, Al-Riqab, Al-Gharimin, Fisabilillah dan Ibn Sabil.
8 GOLONGAN ASNAF Layak Terima Zakat adalah :
1. Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.
2. Miskin
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.
3. Amil
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.
4. Muallaf
Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu
a) Beragama Islam
+ Baru memeluk agama Islam
+ Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
+ Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
+ Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh. b) Bukan beragama Islam
+ Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
+ Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.
5. Al-Riqab
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.
6. Al-Gharimin
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
7. Fisabilillah
Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
8. Ibnu Sabil
Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.
terima kasih kongsi