Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ramai Pengemis Jutawan di Kuala Lumpur

Ramai Pengemis Jutawan di Kuala Lumpur

 

 

Seminggu puasa, seminggu jugak la Pasar Ramadhan menjadi tumpuan warga kota. Ada pelbagai juadah, ada pelbagai lauk pauk yang dijual.

Tetapi perasan tak, musim Ramadhan ni juga, ramai peminta sedekah dan fakir miskin yang meminta simpati sekitar Pasar Ramadhan.

Mungkin ada yang betul-betul mengharapkan belas ihsan kita untuk mendapatkan sesuap nasi, tapi tak kurang jugak yang menyamar sebagai fakir miskin semata-mata nak dapat duit mudah di bulan puasa ni.

 

 

Ramai Pengemis Jutawan di Kuala Lumpur

 

Pengalaman aku, masa mula2 datang ke KL tahun 1999, masih lagi ingat kelibat peminta-peminta sedekah yang slalu berlegar di Uptown Hawkers masa tu. Dan jangan terkejut, hingga sekarang, aku masih lagi terserempak dengan mereka di sana dan juga sekitar KL.

Cerita sebenar aku tak pasti, cuma seingat aku, ada 2 kes yang buatkan aku rasa mereka ini menipu.

1. Seorang Makcik yang OKU, Buta, sekitar umur 50an masa tu, meminta sedekah, sambil di’jurupandu’ oleh anak2 perempuan beliau. Bayangkan member baik aku bagitau, Makcik tu ada lebih dari 5 orang anak. Yang paling tua umur 25 tahun. Agak mustahil 2-3 orang anak dewasa tak boleh jaga ibu mereka, atau setidak2nya malu melihat ibu mereka meminta sedekah???

Kalau setahun dua mungkin, tapi sehingga tahun lepas aku masih lagi melihat kelibat Makcik ni… Lama betul… 

2. Sepasang OKU, buta, lelaki dan perempuan, pun berlegar meminta sedekah. Depan orang ramai menggunakan tongkat, tetapi bila jauh dari orang tongkat ke mana, spek mata hitam pun ke mana. Paling lucu bila sampai jer Teksi, dia sendiri yang pegang tombol pintu Teksi dan buka sendiri. Persoalan aku, buta atau buat-buat buta??? Pun sampai sekarang aku amsih melihat kelibat mereka.

3. Ada seorang Pakcik ni dari pantai timur. Mohon derma mendirikan Masjid di Selatan Thai. Dari tahun 1999 lagi. Mungkin Masjid yang berlainan, tetapi aku masih lagi was-was bila baru sajer last month aku jumpa dia, masih lagi memohon derma untuk mendirikan masjid. Bukan kah peruntukkan Masjid perlukan kelulusan untuk binaan dan ada budget tersendiri??? 

Bukan tujuan aku nak memperlekehkan golongan OKU atau Fakir Miskin, tetapi aku rasa ramai golongan ini menyalahgunakan status mereka. Ramai golongan OKU berjaya hidup kerja keras, berusaha tanpa perlu meminta-minta seperti peminta sedekah. Ramai juga yang rajin usaha sendiri. Yang fakir miskin juga, ramai yang sanggup bekerja untuk dapatkan duit. Bukan selamanya mengharapkan bantuan orang lain.

Jangan terkejut jika diberitahu pendapatan peminta sedekah di Kuala Lumpur mendapat sekurang-kurangnya RM100 sehari dari tempoh 10.00am hingga 6.00pm sajer. Masa kami duk skodeng peminta sedekah kat Uptown dulu, sekali round Uptown Hawkers, mereka bleh dapat sekitar RM150 dalam masa sejam.

Bayangkan kalau mereka pusing 10 kali. Kami congak dengan cara “kononnya taukeh kedai makan nak tukar duit kecil dengan duit RM50 atau RM100”. Kaya kan,,,? 

Orang lain aku tak tau, bagi aku, aku dah stop hulurkan sedekah kepada mereka. Baik hulur kepada Pusat Pungutan Zakat atau saudara mara, kawan terdekat yang lebih memerlukan. 

“Jika betul mereka terdesak, kesusahan, miskin kenapa agaknya mereka tidak merayu di Pusat Zakat???”

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.